Teka-teki akhirnya terjawab, anak aktres Candace Bergen diumum pengganti Anna Wintour sebagai editor Vogue


  • Gaya
  • Selasa, 02 Sep 2025

Anna (kiri) memilih Chloe sebagai ketua kandungan editorial baharu Vogue. — Agensi

BEKAS editor majalah fesyen dan gaya hidup terkenal Amerika Syarikat (AS),Vogue, iaitu Anna Wintour dilaporkan memilih Chloe Malle sebagai ketua kandungan editorial baharu bagi majalah tersebut.

Agensi melaporkan, wanita berusia 39 tahun itu dijangka diumumkan secara rasmi mengambil alih jawatan di syarikat media fesyen itu seawal Selasa.

Wakil CondeNast memberitahu Page Six bahawa tiada pengumuman rasmi dibuat pada Isnin.

BACA LAGI:Ketahui kesannya bila anak berasa dipinggirkan, implikasi akibat ibu bapa pilih kasih

BACA LAGI:'Dia sentiasa dahulukan cita-cita saya', pengasas Hannan Medispa layan isteri bak raja, sedia 7 pembantu rumah

Chloe pernah menemu bual Lauren Sanchez sempena perkahwinannya dengan Jeff Bezos. — Agensi

Anna, 75, mendedahkan pada Jun lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai ketua kandungan editorial majalah fesyen itu.

Pada masa itu, Vogue mengumumkan bahawa mereka sedang mencari seseorang untuk memimpin operasi harian majalah merentasi pelbagai platform dan melapor terus kepada Anna.

Bagaimanapun, Vogue menegaskan bahawa figura fesyen legenda itu yang dilantik sebagai editor pada 1988 akan terus bekerja sebagai ketua kandungan Conde Nast dan pengarah editorial global Vogue.

"Sesiapa dalam bidang kreatif tahu betapa pentingnya untuk terus berkembang dalam kerja sendiri.

"Apabila saya menjadi editor Vogue, saya teruja untuk membuktikan bahawa terdapat cara baharu dan menarik untuk membayangkan majalah fesyen Amerika," kata Anna kepada stafnya semasa pengumuman dibuat.

Anna menjelaskan, kegembiraan terbesarnya ialah membantu editor generasi baharu meneroka bidang terlibat dengan idea mereka sendiri dan disokong oleh pandangan baharu serta menarik tentang apa yang boleh dicapai oleh sebuah syarikat media besar.

"Dan itulah jenis orang yang kami perlukan untuk menjadi ketua kandungan editorial bagi US Vogue," katanya.

Beliau memberi jaminan kepada kakitangannya bahawa beliau akan terus memerhati dengan teliti industri fesyen serta kuasa kreatif budaya yang luar biasa seperti Met Ball.

Bulan lalu, Page Six mendedahkan secara eksklusif bahawa Anna cenderung memilih anak kepada aktres Candice Bergen dan pengarah Louis Malle, Chloe untuk mengambil alih Vogue.

Pada masa itu, Chloe dikatakan berada di peringkat akhir temuduga.

Editor Vogue tersebut terkenal dalam kalangan staf dan pernah mengendalikan temuramah muka depan Vogue bersama bekas wartawan AS, Lauren Sanchez sempena perkahwinannya dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos di Itali.

Chloe dilaporkan berjaya mendapat jawatan itu selepas Page Six mengetahui bahawa pengarah global Vogue Runway, Nicole Phelps dan beberapa calon lain turut dipertimbangkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram