'Nasib baik ada kafe saji pastri tradisional', Che Puan Sofie lepas rindu nikmati hidangan Sweden, tapi kopi Kelantan tetap pilihan sekeluarga


  • Bonda
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Che Puan Sofie juga kerap berkongsi aktivitinya bersama keluarga tercinta di media sosial.

KUNJUNGAN santai isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra ke Singapura baru-baru ini mencuri tumpuan.

Che Puan juga dilihat meluangkan masa bersama keluarga sambil mendukung putera sulungnya, Tengku Muhammad Johan Petra di sebuah kafe yang menyajikan hidangan Sweden.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagramnya, momen tersebut disifatkan seperti pulang ke kampung halaman.

BACA LAGI: 'Biarlah budak-budak', tanpa sedar ayat ini punca, bentuk anak jadi 'kaki buli'

BACA LAGI: Barangan mewah dibuang pelajar universiti dalam tong sampah, cetus idea bisnes penulis sebelum jadi kaya-raya

Santapannya juga dipandankan dengan secawan kopi manis versi Kelantan.

"Kami bernasib baik ada kafe dan bistro di Singapura menyajikan makanan dan pastri tradisional Sweden seperti masakan di rumah.

"Sweden juga antara pengguna kopi terbesar di dunia.

"Tetapi kopi Kelantan juga menjadi kegemaran keluarga dan rakan Sweden saya walaupun ia agak manis kerana dicampur dengan susu pekat," tulisnya.

Che Puan juga sempat memberi beberapa ayat dalam loghat Kelantan untuk mengekspresikan kemanisan kopi tersebut seperti siak duk gobar, manis leting dan sedap sengoti.

Hantaran tersebut pada masa sama memperlihatkan gabungan gaya hidup dan penghayatan budaya asal Che Puan dalam satu imej yang segar dan dekat di hati rakyat Kelantan dan Malaysia.

Momen itu juga mencerminkan sisi keibuan beliau yang lembut, penuh perhatian dan sentiasa mengutamakan masa bersama keluarga walaupun memiliki jadual padat.

Untuk rekod, Che Puan yang berasal dari Mjölby, Sweden sah bergelar isteri kepada Tengku Muhammad Faiz Petra 19 April 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram