Ameera kongsi foto zaman muda ibu, kejelitaan Noor Kartini bagai tak dimamah usia


  • Bonda
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Raut wajah jelita Noor Kartini ketika muda sehingga kini bagaikan tidak dimamah usia.

'MANA tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi'.

Demikian peribahasa boleh digambarkan menerusi perkongsian Ameera Khan di Instagram yang jelas memaparkan kejelitaan ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed sewaktu zaman muda.

Berwajah kacukan Melayu-Inggeris persis pan Asia, ibu kepada sembilan cahaya mata itu nyata memiliki pesona dan keanggunan tersendiri yang bagai tidak dimamah usia.

BACA LAGI: Pengorbanan ibu rahsia kejayaan, Johan Ghazali hadiahkan jam Rolex dari hasil ganjaran kemenangan

BACA LAGI: [VIDEO] Asyraf Wajdi, isteri terima kejutan istimewa, 6 anak dendang 'You Are The Reason' disaksikan Tengku Ampuan Pahang

Memaparkan wajah ibunya pada pelbagai peringkat usia bermula dari kanak-kanak, remaja, hingga ke dewasa, rata-rata pengikut Ameera dan peminat keluarga selebriti itu memuji kecantikan asli Noor Kartini, yang dikatakan semakin terserlah seiring pertambahan usia.

Tidak kurang juga ada menyamakan raut wajah Noor Kartini, sama cantik dengan anak-anak perempuannya termasuk Ameera dan selebriti serta usahawan terkenal, Neelofa.

Foto kiri wajah Noor Kartini ketika berusia tujuh tahun manakala foto kanan pula penampilan beliau tatkala khatam al-Quran pada usia 12 tahun.  — @littlemisskhan

"Melihat gambar lama dengan keluarga saya ماشاء الله kecil saya dalam pelukan mereka dan mereka masih begitu kuat dan sangat muda.

"Sepanjang tahun ini, kami sentiasa ada antara satu sama lain, sentiasa rapat, sentiasa utuh, sentiasa disayangi.

"Semoga ALLAH melindungi ikatan, kesihatan, dan hati kami sekeluarga," ujarnya.

Noor Kartini bukan sekadar figura ibu, malah seorang usahawan wanita berjaya.

Wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu pernah memegang jawatan Pengarah Urusan di beberapa syarikat termasuk Naelofar Hijab dan The Noor, aplikasi gaya hidup Islamik diterajui Neelofa.

Kepimpinan dan bimbingannya di belakang tabir banyak membantu mengukuhkan jenama-jenama tersebut sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Menjangkau usia 59 tahun, Noor Kartini kekal aktif berkongsi momen kehidupan harian di media sosial terutamanya di platform Instagram.

Perkongsiannya sering mendapat perhatian dan pujian kerana menampilkan sisi keibuan yang realistik, mesej-mesej motivasi dan nilai kekeluargaan dicontohi ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram