
ANAK perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa selamat melahirkan cahaya mata keempatnya baru-baru ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nooryana menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat yang kemudiannya dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada orang ramai.
Meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya, Yana menganggap momen itu cukup dramatik dan percaturan terbaik dari sang pencipta buat keluarganya.
BACA LAGI: Wajah menua ketika hamil, wanita kongsi muka kembali pulih lepas 21 hari bersalin
BACA LAGI: Saiz rahim membesar seperti hamil, wanita hidap fibroid kongsi simptom awal perlu diperiksa
"Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT, kita merancang, ALLAH yang menentukan.
"Kelahiran awal yang tidak dijangka, plot twist yang dramatik, keluarga dan doktor cemas, emosi bagaikan roller coaster.
"You were determined to decide your own destiny baby girl, welcome earth-side Aryana Myra-Rose Daniyar," ciapnya.
Dengan kelahiran terbaharu itu, Nooryana dan suaminya, Daniyar Kessikbayev kini mempunyai empat orang anak secara keseluruhan iaitu Adam Razak, Aidan Najib Daniyar dan Amelia Rahah Daniyar.
Meskipun sering dikaitkan dengan latar keluarga berprofil tinggi, Nooryana sering berkongsi sisi keibuannya di laman sosial dan sentiasa meraih pujian warga maya.
Sekadar info, Yana merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan pada 2015, bekas graduan Georgetown University, Amerika Syarikat (AS) itu pernah bekerja dalam bidang korporat dan kewangan di luar negara sebelum menumpukan perhatian kepada keluarga dan aktiviti kebajikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram