[VIDEO] Ramona buka rahsia, tak kenal ayah kandung sendiri, rupanya Zamzam nama bapa tiri


  • Cinta
  • Selasa, 29 Jul 2025

Bagi Ramona, waktu bersama keluarga adalah keutamaan utamanya ketika ini. — Instagram/ramonazamzam

PELAKON Ramona Zamzam mendedahkan bahawa lelaki yang dikenali umum sebagai ayahnya sebenarnya bukanlah bapa kandung beliau.

Ramona bahkan mengakui, ia adalah satu rahsia yang disimpan rapi sejak sekian lama.

“Ramai orang tak tahu ayah Ramona sebenarnya bukan bapa kandung.

"Ayah yang Zamzam ini adalah ayah tiri Ramona tapi dia sangat istimewa. Ramona memang rapat dengan ayah,” katanya menerusi satu program audio siar.

BACA LAGI: 'Terasa paling buruk antara semua dewi', Ramona Zamzam imbau masalah kulit ketika mula ceburi dunia hiburan

BACA LAGI: ‘Mama tak pernah sebahagia ini’, Ismail Izzani syukur bapa tiri penyayang, cucu pun suka tok abah

 

 

Tambahnya, beliau langsung tidak mengenali bapa kandungnya kerana figura tersebut dan ibunya bercerai ketika beliau masih bayi.

Bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 itu turut mengimbau kenangan perit apabila bapa kandungnya menunjukkan seolah-olah tiada keinginan bertemu dengannya.

"Pernah bercakap telefon sekali semasa sekolah rendah dan perbualan itu Ramona ingat lagi. Hanya saya yang teruja nak jumpa dia.

"Masa itu mak dah kahwin dengan ayah Ramona yang sekarang.

“Dia cakap, 'Oh, mak kamu kerja, dia ada duit, boleh jaga kamu. Tak apalah kalau kita tak jumpa pun'.

"Ketika itu saya rasa, oh okay, dia tak kisah pun dan dari situ saya tahu, saya kena teruskan hidup tanpa dia,” luahnya.

Kini sebagai seorang ibu dan anak yang semakin matang, Ramona berkata, waktu bersama keluarga adalah keutamaan utamanya, lebih-lebih lagi apabila ayah tirinya kini sakit dan lumpuh.

Ramona turut menyifatkan perjalanan menjaga bapa yang sakit sebagai satu tempoh sukar baginya.

“Family time sangat penting buat Ramona buat sekarang ini. Satu, Ramona pun dah jadi mak, anak dah masuk sekolah.

"Fokus sekarang adalah mak dan ayah terutama ayah. Walaupun bukan ayah kandung, tapi bila dia jadi lumpuh, ia satu perjalanan yang mencabar untuk saya lalui,” akuinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram