
PELAKON Eyka Farhana mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen percutian ringkas, tetapi penuh makna bersama keluarga tercinta di Kuala Besut, Terengganu.
Menerusi satu hantaran video di laman Threads, Eyka meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat meluangkan masa berkualiti dengan suami tercinta, Akhyar Rashid serta ahli keluarga yang lain dalam suasana tenang dan jauh dari kesibukan kota.
"Akhirnya dapat rasai masa berkualiti. Makan tengah hari di dusun durian, makan petai sampai puas, mandi sungai dan semestinya makan lagi. Hari-hari bersama keluarga macam ni rasa lain. Tak perlu perancangan yang mewah, cukup kami, alam semula jadi dan makanan yang banyak," tulisnya.
Rakaman itu turut memaparkan Eyka bersama keluarga menikmati pelbagai masakan kampung seperti kerang rebus, ayam masak merah, ikan goreng dan beberapa lauk lain.
Eyka turut merakam detik sewaktu suaminya menyenduk nasi ke pinggan keluarga iiaitu satu tindakan kecil namun cukup bermakna buat dirinya.
"Ya ALLAH, bagusnya suami saya tolong sendukkan nasi," katanya yang menggambarkan rasa terharu terhadap sikap prihatin dan layanan mesra pasangannya.
Selain menikmati makanan, pasangan itu turut kelihatan menyusuri kawasan hutan untuk bermandi-manda di sungai jernih.
Suasana damai kawasan semula jadi itu jelas menjadi latar sempurna untuk percutian keluarga yang santai, namun menggembirakan.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang turut merindui suasana sebegitu.
"Wow gembiranya dia," tulis Qasehazim.
"Seronoknya suami duduk Terengganu," tulis Suhaiman Omar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram