Majlis gah serba mewah, ini 12 perkahwinan termahal dunia, siapa mendahului senarai?


  • Gaya
  • Khamis, 03 Jul 2025

Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton (kiri) serta Anant Ambani dan Radhika Merchant antara yang mencatatkan kos tertinggi di dunia.

BAGI kebanyakan pasangan, bajet memainkan peranan penting dalam merancang perkahwinan.

Namun, bagi golongan kaya raya, majlis perkahwinan mewah bukan sekadar hari istimewa, ia juga simbol status.

Berikut 12 perkahwinan paling mahal pernah dicatatkan:

BACA LAGI: Tak minta dipandang tinggi, cuma hormat nama penuh saya untuk penulisan — Nurulhidayah

BACA LAGI: Bukan saja cantik, pemurah pula, Lisa, Scha, JLo, sumbang baju 'preloved' bantu mereka memerlukan

1. Khadija Uzhakhova dan Said Gutseriev (RM4.7 bilion)

Majlis perkahwinan pasangan muda ini berlangsung di Moscow pada 26 Mac 2016, ditaja sepenuhnya oleh bapa pengantin lelaki, seorang bilionair minyak Rusia.

Gaun pengantin Elie Saab seberat 13 kilogram (kg) berharga RM4.7 juta, sementara dewan dipenuhi bunga, kek sembilan tingkat, dan tetamu diiringi kenderaan mewah. Persembahan artis bertaraf dunia termasuk Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias melengkapkan suasana megah.

2. Radhika Merchant dan Anant Ambani (RM2.8–4.7 bilion)

Dikenali sebagai 'perkahwinan dekad ini', anak hartawan Mukesh Ambani mengahwini Radhika Merchant di Mumbai pada 12 Julai 2024.

Lebih sejuta kuntum bunga membentuk lebih 60 arca haiwan. Majlis diserikan persembahan dari Rihanna, Justin Bieber dan Andrea Bocelli, sementara tetamu termasuk Kim Kardashian dan Tony Blair.

3. Isha Ambani & Anand Piramal (RM470 juta)

Anak perempuan Mukesh Ambani diraikan dalam majlis penuh glamor pada 12 Disember 2018. Majlis pertunangan diadakan di Tasik Como, Itali dengan persembahan John Legend dan Beyoncé pula menyanyi dalam acara pra-perkahwinan di Udaipur.

Gaun bernilai RM56 juta, kad jemputan elektronik serta sumbangan makanan untuk 5,000 penduduk menyerlahkan gabungan kemewahan dan kebajikan.

4. Vanisha Mittal & Amit Bhatia (RM282 juta)

Majlis yang berlangsung selama seminggu ini menyaksikan anak hartawan keluli India, Vanisha Mittal berkahwin dengan ahli perniagaan Amit Bhatia di beberapa lokasi eksklusif sekitar Paris.

Tetamu terbang kelas pertama menerima jemputan dalam kotak perak dan menikmati persembahan oleh Kylie Minogue. Bunga api di Menara Eiffel menjadi kemuncak majlis.

5. Lauren Sanchez dan Jeff Bezos (RM227–277 juta)

Pengasas Amazon, Jeff Bezosmenamatkan zaman duda dengan wartawan Lauren Sánchez dalam majlis penuh bintang di Venice pada 27 Jun 2025.

Parti bujang mewah di Paris, resepsi di tapak bersejarah Arsenale dan kehadiran selebriti seperti Oprah, Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian menjadikan majlis ini tajuk utama media global.

6. Puteri Diana dan Putera Charles (RM230 juta – selepas inflasi)

Disifatkan sebagai 'perkahwinan abad ini', perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles berlangsung pada 29 Julai 1981 di Katedral St. Paul, London.

Gaun taffeta sutera dengan 10,000 mutiara dan labuh 8 meter menjadi sorotan. Majlis mewah ini ditonton 750 juta orang dan menampilkan 27 kek serta jamuan diraja.

 

 

7. Meghan Markle dan Putera Harry (RM222 juta)

Berlangsung di Windsor pada 19 Mei 2018, perkahwinan antara Putera Harry dan pelakon Amerika Meghan Markle disaksikan hampir 2 bilion penonton.

Kos keselamatan sahaja mencecah RM198 juta, manakala gaun Givenchy Meghan berharga RM1.2 juta. Persembahan Elton John dan resepsi diraja menyerikan majlis.

8. Kate Middleton dan Putera William (RM157 juta)

Disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 29 April 2011 berlangsung di Westminster Abbey.

Gaun rekaan Alexander McQueen bernilai RM2 juta, manakala gereja dihias dengan lapan pokok besar. Resepsi diadakan oleh Ratu Elizabeth dan Putera Charles.

9. Angelababy dan Huang Xiaoming (RM147 juta)

Di China, selebriti popular Angelababy dan Huang Xiaoming meraikan perkahwinan mereka pada 8 Oktober 2015 di Shanghai Exhibition Center.

Gaun Dior Angelababy direka dengan lebih 100 bunga lace buatan tangan dan tujuh lapis kain tulle.

Kek setinggi 3 meter serta hadiah telefon bimbit kepada tetamu menunjukkan skala kemewahan luar biasa.

10. Letizia Ortiz dan Putera Felipe (RM113–165 juta)

Perkahwinan diraja Sepanyol ini berlangsung di Katedral Almudena, Madrid pada 22 Mei 2004. Bekas wartawan, Letizia mengenakan gaun bernilai RM38 juta rekaan Manuel Pertegaz.

Majlis dihadiri 1,200 tetamu dan dihidangkan lebih 1,000 botol minuman keras

11. Priya Sachdev dan Vikram Chatwal (RM94 juta)

Perkahwinan selama 10 hari ini berlangsung merentasi tiga bandar di India. Seramai 600 tetamu dari 26 negara diterbangkan menggunakan jet khas. Lebih 50,000kg  bunga digunakan dan 3,000 lilin dinyalakan.

Tetamu diberi risalah pakaian dan dilarang memakai warna hitam atau putih. Pasangan ini bercerai pada 2011.

12. Petra Ecclestone dan James Stunt (RM89 juta)

Diadakan pada 27 Ogos 2011, anak kepada tokoh F1, Bernie Ecclestone mengahwini ahli perniagaan, James Stunt dalam majlis selama tiga hari di Castello Odescalchi, Itali.

Persembahan oleh Andrea Bocelli, Black Eyed Peas dan Eric Clapton serta gaun Vera Wang berharga lebih RM580,000 menyempurnakan majlis ini.

Daripada istana diraja hingga ke pentas selebriti global, 12 perkahwinan ini membuktikan bahawa cinta dan kemewahan boleh berjalan seiring – sekurang-kurangnya untuk satu hari.

Namun, dalam jangka panjang, nilai sebenar sesebuah perkahwinan bukan diukur dengan harga, tetapi dengan kebahagiaan yang dibina bersama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram