
SUSULAN pengumuman kerajaan sebelum ini mengenai kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus yang turut membabitkan industri kecantikan, ramai dalam kalangan bakal pengantin mula bimbang tentang kemungkinan kenaikan harga perkhidmatan jurusolek atau makeup artist (MUA).
Bagaimanapun, selepas mendapat maklum balas daripada pemain industri, kerajaan mengambil keputusan untuk menyemak semula pelaksanaannya.
Kini, SST masih dikuatkuasakan namun hanya terpakai kepada perniagaan dengan pendapatan tahunan melebihi RM500,000.
BACA LAGI: Faham, teliti kondisi anak 'speech delay', panduan praktikal buat ibu bapa
Justeru, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham, seorang jurusolek profesional tampil menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, @deakhaliddoesmakeup.
“Cukai SST lapan peratus untuk perniagaan berkaitan kecantikan dan perkahwinan sebenarnya tidak jadi dilaksanakan.
"Jadi, jika ada butik, jurusolek, jurugambar atau mana-mana vendor perkahwinan yang mengenakan caj tersebut, anda berhak untuk persoalkan,” tegasnya.
Beliau turut menasihatkan bakal pengantin supaya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan, agar tidak mudah tertipu dengan caj tambahan yang tidak berasas.
“Kalau ada SST pun, itu untuk bisnes yang pendapatannya melebihi RM500,000.
“Peniaga bebas atau freelancer biasa seperti kami tidak terlibat pun, jadi tak perlulah risau atau bertindak keterlaluan,” tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram