
USAHAWAN terkenal, Chryseis Tan berkongsi momen gembira dirinya kini hamil anak ketiga.
Puteri kepada pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan itu memuat naik perkongsian menyaksikan beliau memberi kejutan kepada suami tentang berita kehamilan tersebut.
Kejutan istimewa itu diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang juga pewaris Naza Group, SM Faliq SM Nasimuddin.
BACA LAGI: Hasil didikan sejak kecil, Chryseis Tan amal prinsip usaha dan kerja keras besarkan anak-anak
Chryseis turut berkongsi detik manis tersebut di laman Instagram miliknya beserta kapsyen ringkas.
“Hubs 40th dream came true! (Impian suami yang ke-40 tahun menjadi kenyataan),” tulisnya pada Ahad.
Dalam video yang dimuat naik itu, pasangan tersebut dilihat sedang duduk di meja makan apabila Chryseis menyuruh suaminya memeriksa hadiah yang dihantar melalui e-mel.
Faliq kemudian terpandang keputusan ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan, menandakan kehadiran bayi dalam kandungan isterinya.
Di penghujung video, turut kelihatan pasangan suami isteri itu bergambar bersama dua anak mereka, sambil memegang gambar imbasan kehamilan.
Difahamkan menerusi satu sesi temu bual bersama media kira-kira lima tahun lalu, Chryseis pernah mendedahkan mereka sepakat untuk memiliki tiga cahaya mata sebagai penyeri perkahwinan.
Untuk rekod, Chryseis Tan dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang. Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup di sebuah resort mewah di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arianna Kyla Tan, 5, dan SM Arman Naza, 2.
Kehadiran cahaya mata ketiga tersebut pastinya membawa kebahagiaan lebih buat keluarga kecil mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram