RAMAI yang teragak-agak untuk membeli emas kerana menunggu harga turun, tetapi menurut pengasas Angsa Emas Jewellery, Datin Normadora Mohd Nor, tanggapan itu perlu diubah.
Katanya, masa terbaik untuk membeli emas adalah ketika seseorang itu mampu, bukan sewaktu harga paling rendah.
“Kalau ada duit boleh terus tukar kepada emas. Boleh terus beli emas. Jangan tunggu-tunggu. Nanti duit pun tak tahu ke mana, emas pun tak tahu ke mana," katanya ketika ditemu bual Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram