Maharani simbolik evolusi, penghormatan buat wanita, setiap helaian telekung direka dengan teliti


  • Gaya
  • Selasa, 24 Jun 2025

Siti Khadijah kembali mencuri perhatian dengan pelancaran inovasi terbaharunya, Maharani. 

SELEPAS sedekad tanpa perubahan reka bentuk telekung, jenama tersohor, Siti Khadijah kembali mencuri perhatian dengan pelancaran inovasi terbaharunya, Maharani. 

Direka dengan sentuhan moden dan ilham warisan, Maharani dilancarkan dalam sebuah majlis eksklusif di Kuala Lumpur, pada Selasa. 

Majlis bertemakan warna kuning mustard dan putih itu dihadiri tetamu kehormat, rakan selebriti dan penggiat industri.

BACA LAGI: Dakwaan jangkitan herpes berpunca dari seks oral sahaja tidak tepat, masyarakat perlu cakna cara sebenar virus tersebar

BACA LAGI: RM10,000 dalam akaun ASB anak tiba-tiba lesap, pentingnya didikan urus kewangan sejak kecil

Tiga koleksi telekung terbaharu diperkenalkan sempena pelancaran reka bentuk muka Maharani.

Pengasas dan Pengarah Siti Khadijah, Padzilah Enda berkata, Maharani merupakan hasil penelitian mendalam terhadap keperluan sebenar wanita.

“Setiap inci rekaan ini melalui proses yang teliti. Kami ingin hasilkan sesuatu yang bukan sahaja cantik dipakai, tapi memberi makna kepada pemakainya,” katanya.

Maharani diinspirasikan daripada bentuk tiara, yang diterjemahkan melalui penggunaan awning kemas di bahagian dahi. 

Ia bukan sahaja menyerlahkan keanggunan, malah memberi fungsi praktikal kepada wanita berhijab.

Reka bentuk itu meneruskan legasi dua wajah telekung terdahulu iaitu Original (2009) dengan awning keras dan Harmoni (2016) yang lebih lembut dan selesa. 

Kini, Maharani hadir sebagai gabungan terbaik iaitu bergaya, moden dan mudah dipakai.

Tiga koleksi telekung terbaharu diperkenalkan sempena pelancaran reka bentuk muka Maharani, masing-masing membawa sentuhan tersendiri. 

Broderie Zahara tampil dengan perincian sulaman klasik yang memperlihatkan gaya eksklusif dan elegan. 

Flair Sabira pula mengetengahkan potongan moden beralun (flowy) dengan tekstur ringan yang memberi keselesaan maksimum. 

Sementara itu, Modish Maira Midi direka dengan labuh sederhana sehingga menjadikannya pilihan praktikal dan sesuai untuk keperluan ibadah di tanah suci.

Ketiga-tiga koleksi itu memberi fokus kepada keselesaan, gaya dan perincian yang sejajar dengan nilai jenama Siti Khadijah.

Sebagai pelengkap, penyanyi dan komposer Faizal Tahir turut mempersembahkan lagu baharu berjudul Maharani.

Lagu itu membawa mesej tentang kekuatan dan maruah wanita, selari dengan semangat reka bentuk yang diperkenalkan.

Koleksi telekung Maharani akan mula dijual secara dalam talian bermula pada Selasa dan berada di butik-butik Siti Khadijah terpilih seluruh negara bermula Khamis.

Pelancaran Maharani menandakan fasa baharu bagi Siti Khadijah iaitu bukan sekadar perubahan rupa, tetapi satu penghargaan buat wanita yang sentiasa teguh, anggun dan berpegang pada nilai warisan.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  Twitter ,  Facebook ,  Instagram ,  WhatsApp Channel  dan  Telegram