[VIDEO] Tak sengaja masuk perairan negara jiran, pemancing puji layanan baik polis Singapura


  • Tular
  • Selasa, 18 Nov 2025

Tangkap layar memaparkan salah seorang polis marin Singapura bertanya dalam nada lembut sebelum meminta kad pengenalan masing-masing untuk membuat semakan.

TULAR di media sosial memaparkan cara layanan polis marin Singapura terhadap pemancing tempatan yang mencuri tumpuan warga maya. 

Menerusi satu perkongsian di laman Tik Tok, seorang pemancing yang dikenali sebagai @fizreeajie berkongsikan pengalamannya ditegur oleh polis marin.

Menurutnya, dia dan rakan-rakannya tidak menyedari bot mereka sudah hanyut memasuki perairan Singapura. 

BACA LAGI: Tertipu tawaran kontrak bola, kiper muda Indonesia jadi mangsa pemerdagangan manusia di Kemboja

BACA LAGI: [VIDEO] Perang psikologi menjadi, kiper Kanada tepis penalti lawan lepas bergayut atas palang

Difahamkan, mereka dipercayai sedang leka menjamu selera ketika angin kuat dan arus deras mengakibatkan bot mereka perlahan-lahan bergerak jauh dari kedudukan asal.

"Tengah sedap-sedap makan tengah hari dekat atas bot, tak perasan bot sudah hanyut masuk Singapura, musim-musim angin kuat ini tak sedar bot gerak macam ketam.

"Apa-apa pun Polis Singapura beri layanan yang baik, Terima kasih officer," katanya.

Difahamkan, sekumpulan pemancing tersebut hanya sedar sudah berada di perairan Singapura selepas didatangi sebuah bot pasukan polis negara itu yang memaklumkan mereka telah melepasi sempadan.

Video berdurasi 02:01 minit memaparkan polis marin Singapura tersebut bertanya dalam nada lembut sebelum meminta kad pengenalan masing-masing untuk membuat semakan.

Salah seorang polis marin tersebut juga memaklumkan, kejadian bot pemancing Malaysia masuk ke sempadan laut Singapura merupakan perkara biasa setiap hari.

Susulan perkara tersebut, ramai warga maya berpendapat bahawa sekiranya berdepan situasi sama seperti itu, disarankan agar tidak panik kerana sekiranya cemas sudah pasti pihak berkuasa lebih curiga.

"Bot hanyut masuk perairan Singapura secara tidak sengaja. Di mana-mana pun kalau nampak polis, jangan lari, sebab kalau lari memang mendapat lah jawabnya.

"Kadang-kadang bukan salah pun, tapi bila lari, terus nampak mencurigakan. Stay calm, ikut arahan dan selesaikan cara baik," kata seorang pengguna @mynewshub di laman X.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram