SEORANG lelaki maut ditembak ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor pada Jumaat.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar, berkata insiden berlaku kira-kira pukul 11.13 malam.
"Pusat kawalan polis daerah Klang Selatan menerima laporan daripada orang awam mengenai bunyi tembakan di stesen minyak berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ultras Nogori 9 tampal stiker di pesawat undang bahaya, wajib dikenakan tindakan tegas
"Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun dan tidak bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Seorang lelaki maut ditembak ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor pada Jumaat. pic.twitter.com/cODp7xD4v6
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 8, 2025
Tambah beliau lagi, mangsa terkena tembakan di bahagian badan selepas suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan sebuah kereta.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis masih berusaha mengenal pasti motif di sebalik kejadian itu.
Shazeli menasihatkan saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Asisten Superintendan Aminuddin Mahadi di talian 013-210 4006 atau bilik operasi polis daerah Klang Selatan di 03-3376 2222.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan lelaki terbabit ditembak di sebelah kereta dinaikinya.
Mangsa berdiri di sebelah kereta dan wanita yang memandu kenderaan berkenaan masuk ke stesen minyak.
Tiba-tiba, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampiri dari arah hadapan sebelum pembonceng melepaskan tembakan ke arah mangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
