UPSR perlu dikembalikan, nilai prestasi pelajar secara menyeluruh selaras AI — Mahdzir Khalid


  • Massa
  • Sabtu, 08 Nov 2025

Mahdzir Khalid (Gambar kecil) berkata UPSR wajar dikembalikan bagi menilai tahap penguasaan dan pencapaian akademik murid. 

WALAUPUN sudah lima tahun dimansuhkan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) wajar dikembalikan bagi menilai tahap penguasaan dan pencapaian akademik murid, kata bekas menteri.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyokong pengembaliannya bagi menilai prestasi pelajar secara menyeluruh. 

Beliau turut menekankan kaedah pengajaran guru perlu dipertingkat selaras dengan perkembangan teknologi, khususnya penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

BACA LAGI : [VIDEO] Penganggur mati ditembak berkali-kali ketika isi minyak di Klang, motif dalam siasatan

BACA LAGI : Ramai tak tahu, e-Rebat cecah RM400 beli peti sejuk, penyaman udara baharu menerusi NUR: Domestik

"Walaupun Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan kokurikulum yang dijalankan guru penting untuk pembangunan pelajar, negara tetap memerlukan sekurang-kurangnya satu peperiksaan di peringkat nasional antara Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi menilai prestasi keseluruhan pelajar.

Mahdzir Khalid tengah pada pada Program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 1.0 (RIMBUN 1.0) 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Dalam Era AI dan Pemerkasaan Institusi Guru. 

"Kaedah pengajaran guru juga perlu disesuaikan dengan teknologi baharu, termasuk penggunaan AI, bagi memastikan pengajaran lebih relevan dan berkesan.

"Ketika saya memimpin Kementerian Pendidikan dahulu, asas sistem pendidikan sudah kukuh. Namun dengan kehadiran AI, pendekatan pengajaran guru perlu ditambah baik untuk menepati keperluan semasa," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 1.0 (RIMBUN 1.0) 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Dalam Era AI dan Pemerkasaan Institusi Guru, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.

Program RIMBUN 1.0 dianjurkan Pemuda Umno dan menampilkan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Datuk Mohd Sharizal Semsuddin, sebagai ahli panel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram