CEO GISB, anak Abuya dan 11 pemimpin dibebaskan


  • Kes
  • Jumaat, 07 Nov 2025

CEO GISBH dan 11 pemimpin syarikat itu akan dibebaskan pada Jumaat.

SELEPAS menjalani hukuman penjara selama 13 bulan dan 20 hari di Penjara Sungai Buloh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Nasiruddin Mohd Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam serta 11 pemimpin tertinggi syarikat itu akan dibebaskan selepas solat Jumaat.

Menurut peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Datuk Rosli Kamaruddin, walaupun Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan, pengiraan tempoh termasuk cuti umum dan hujung minggu membolehkan mereka dibebaskan serta-merta bermula Jumaat.

“Anak guam tidak perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh, sebaliknya semua urusan akan diselesaikan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang," katanya yang hadir bersama peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.

BACA LAGI: [VIDEO] Kes amang seksual bekas guru praktikal digugurkan, pengadu tarik balik aduan — Peguam

BACA LAGI: Seperti dijangka, Bank Negara kekalkan OPR 2.75 peratus

Nasiruddin (baju putih) dibebaskan selepas solat Jumaat.

Rosli menambah, sebaik sahaja urusan pentadbiran selesai, kesemua mereka akan dibebaskan hari ini.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah peguam Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.

Pada Jumaat, Nasiruddin bersama 12 tertuduh lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas didapati bersalah menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.

Sementara itu, isteri Nasiruddin dan lapan lagi tertuduh wanita masing-masing didenda RM4,500 atas pertuduhan sama.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, mereka akan dipenjara selama tujuh bulan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram