[VIDEO] Lelaki OKU kena pukul di Kajang didakwa ganggu wanita di surau, kedai makan


  • Kes
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Tangkap layar seorang lelaki OKU dipukul sekumpulan individu di Kajang baru-baru ini.

SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) mental cedera dipukul sekumpulan individu kerana didakwa menganggu wanita dalam kejadian di kawasan awam Kompleks Hentian Kajang pada 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya terkesan sebuah video berdurasi 51 memaparkan kejadian sekitar pukul 4.30 petang Khamis.

“Maklumat awal dari saksi yang ditemui mengatakan punca kejadian adalah kerana mangsa sebelum itu telah mengganggu wanita di dalam surau dan kedai makan kawasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Kematian murid Tahun 4 di Seremban berpunca tekanan pada leher, tindakan lanjut KPM ikut hasil siasatan polis

BACA LAGI: [VIDEO] Buka tali keselamatan ketika 'selfie', pendaki maut jatuh dari Gunung Nama

“Mangsa berusia 31 tahun telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang kerana cedera di muka serta mulut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

 

 

 

Menurut Naazron, mangsa juga ditahan di Wad Psikiatri selama 20 hari kerana merupakan pesakit bipolar disorder.

Katanya, bertindak atas maklumat, empat lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 20 hingga 37 tahun ditahan sekitar pukul 7.35 malam pada Khamis di kawasan Hentian Kajang bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram