
SEBUAH insiden melibatkan tiga kenderaan berlaku di Kota Belud, Sabah pada Ahad yang mengakibatkan seorang dari sembilan mangsa tersepit dalam kereta dinaiki.
Sembilan anggota dari pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud anggota bergegas ke lokasi dan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
Empat mangsa cedera membabitkan seorang wanita berusia 35 tahun, seorang wanita 56 tahun, seorang lelaki 18 tahun serta seorang lelaki berusia 61 tahun dan masing-masing dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 6 suspek terlibat gaduh bola sepak di Kota Belud
BACA LAGI: Budak 11 tahun tahan sakit kaki tertusuk besi rim basikal di Kota Belud
Meskipun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan, kes menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga satu jam setengah seperti mana dikongsikan pengguna laluan berkenaan.
Selain itu, penduduk setempat menyatakan risiko kemalangan di kawasan itu adalah tinggi kerana pemandu kerap memotong di garisan berkembar di samping memandu secara laju.
"Ramai pemandu tidak ikut undang-undang sekarang ini, kadang-kadang nampak kereta hadapan sedang memotong, tidak beri ruang untuk kembali ke laluan," kata Ling Ps.
"Banyak kenderaan yang lalu di kawasan ini dan dipandu laju. Hati-hati ya, jangan terlampau kejarkan masa, banyak sangat kemalangan kebelakangan ini. Malang tidak berbau," tulis Jenny Jenz.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Suffian Aban tamat sepenuhnya pada pukul 3.50 petang selepas kawasan kejadian disahkan selamat.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung punca kemalangan dengan memandu secara melulu mungkin menjadi faktor seperti mana dinyatakan penduduk di kawasan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram