[VIDEO] Budak 4 tahun maut terhidu asap kebakaran di PPR Krubong


  • 112
  • Jumaat, 16 Mei 2025

Budak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dekat Melaka Tengah, Melaka pada Jumaat. — Gambar/Facebook Joekim

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dekat Melaka Tengah, Melaka pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dipercayai bermain dengan pemetik api sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebahagian kediaman di tingkat enam bangunan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd. Shahrom Laji berkata, maklumat awal kejadian diterima daripada ibu mangsa, Siti Zaharah Borhan, 43.

BACA LAGI : Suka 'check' pintu walau sudah dikunci? Ini 8 ciri personaliti tersembunyi anda

BACA LAGI : Mengaku dapat 'back up' polis, mamat Rohingya cabar kesabaran penduduk Kemaman

"Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa memaklumkan anaknya bermain dengan pemetik api sebelum kebakaran berlaku.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM," katanya pada Jumaat. 

Menurutnya, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik berusia antara satu hingga 13 tahun, ditemukan dalam keadaan terbaring dan melecur dalam bilik ketiga rumah tersebut.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca sebenar kematian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng dan Ayer Keroh digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba di lokasi pada pukul 2.38 petang, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik daripada tiga bilik keseluruhan unit rumah berkenaan. 

"Api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 3.24 petang.

"Semasa operasi pemadaman dijalankan, anggota menemui mangsa dalam bilik ketiga dipercayai akibat terperangkap," katanya lagi.  — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram