Maybank hadkan transaksi harian tambah nilai pada RM200 mulai 26 Mei


  • Bisnes
  • Selasa, 06 Mei 2025

Maybank akan memperkenalkan had transaksi harian baharu sebanyak RM200 untuk perkhidmatan tambah nilai.

MAYBANK akan memperkenalkan had transaksi harian baharu sebanyak RM200 untuk perkhidmatan tambah nilai, termasuk prabayar mudah alih dan kredit permainan, bermula 26 Mei ini.

Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan bank itu untuk meningkatkan keselamatan transaksi pelanggan dan menjamin pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.

Dalam satu kenyataan di laman web rasminya, Maybank memaklumkan bahawa had baharu itu akan meliputi perkhidmatan tambah nilai mudah alih Malaysia dan antarabangsa, internet serta kredit permainan. 

BACA LAGI : Suami antara suspek disiasat berkemungkinan terlibat dalam kes penculikan Pamela Ling — KPN

BACA LAGI : Pemandu e-hailing dakwa Pamela Ling dilarikan individu pakai vest polis, diarah tekan butang 'complete job'

"Walau bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk menaikkan had transaksi harian tersebut sehingga maksimum RM500 melalui laman web Maybank2u.

"Pengguna hanya perlu pergi ke Settings, pilih Pay & Transfer, kemudian Reload Limit untuk membuat perubahan had transaksi," menurut kenyataan itu pada Selasa. 

Maybank turut menjelaskan bahawa sebarang perubahan had akan mengambil masa 12 jam untuk berkuat kuasa, sebagai langkah keselamatan tambahan. 

Sepanjang tempoh "cooling-off" ini, pengguna masih tertakluk kepada had sedia ada dan akan dimaklumkan melalui notifikasi dan emel di aplikasi MAE.

Pihak bank turut mengesyorkan agar pelanggan menyemak dan menetapkan had transaksi harian mengikut keperluan masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kelancaran urusan perbankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram