
SYARIKAT automotif, Bermaz Motor Trading Sdn Bhd terus berperanan memperkasakan sukan golf apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan Tasik Puteri Golf & Country Club.
Antara kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak termasuk tajaan hadiah utama kejohanan di kelab itu yang berlangsung pada Khamis selain sumbangan sebanyak RM100,000.
Pengarah Pemasaran Bermaz, Lee Ai Hoon berkata, kerjasama tersebut kerjasama itu mampu memacu pertumbuhan kelab selain percaya dalam pengalaman memandu yang melampaui jangkaan dan bersama menyokong pertumbuhan sukan golf serta membawa impak positif kepada masyarakat.
BACA LAGI: Man United setuju harga Gyokeres, Liverpool terima tawaran Salah
Katanya, tajaan kenderaan Mazda sebagai hadiah hole-in-one eksklusif semasa kejohanan utama yang dianjurkan di kelab membawa keseronokan dan prestij tambahan kepada permainan kompetitif.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tasik Puteri Golf & Country Club dalam usaha yang menarik ini.
“Sehubungan itu, Bermaz memeterai kerjasama dan menyumbang RM100,000 sebagai tanda menyokong pembangunan kelab.
Pengamal media dan pempengaruh yang menyertai acara kejohanan golf persahabatan di Tasik Puteri Golf & Country Club pada Selasa.
“Ini adalah komitmen untuk memupuk penglibatan komuniti dan mempromosi kecemerlangan sukan di Greater Klang Valley sambil mengukuhkan misi kelab untuk meletakkan diri sebagai kemudahan golf awam yang terulung di Malaysia,” katanya sambil menambah pihaknya juga bersedia menganjurkan semula Golf Amal Yayasan Fertiliti Tunku Azizah pada tahun ini selepas diadakan pada 2023..
Sementara itu, Pengurus Besar Tasik Puteri Golf & Country Club, Nor Afendi Mohd. Razlan berkata, kerjasama itu merupakan kejayaan yang membanggakan mereka.
“Kerjasama dengan jenama berprestij seperti Mazda selaras dengan visi kami untuk terus berkembang, berinovasi dan menawarkan pengalaman terbaik kepada pemain golf kami, tetamu dan kepada komuniti golf yang lebih luas,” katanya.
Bagi memperingati majlis itu, satu kejohanan golf persahabatan yang menampilkan 40 pemain telah diadakan, diikuti oleh jamuan tengah hari perayaan yang dihadiri lebih 70 tetamu kehormat, termasuk ahli media dan pempengaruh media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram