Legenda MU jadi inspirasi pengasas syarikat 'start-up' sulung Malaysia capai status 'unicorn'


  • Bizz
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Eric (gambar) mengasaskan Carsome bersama Ee Teoh pada 2015.

DALAM landskap perniagaan pemula di Malaysia, Carsome telah mencipta sejarah apabila menjadi syarikat pertama negara yang berjaya mencapai status unicorn.

Sejak penubuhannya pada tahun 2015, Carsome berkembang pesat dalam industri jual beli kereta terpakai, menjadi salah satu platform automotif digital terbesar di Asia Tenggara.

Carsome diasaskan oleh Eric Cheng dan Jiun Ee Teoh dengan misi untuk menyelesaikan masalah sering dihadapi pemilik kenderaan ketika menjual kereta terpakai mereka.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Antara isu dihadapi adalah kaedah penetapan harga tidak telus, proses yang panjang dan ketidakpastian dalam urusan pindahan wang.

Menyedari masalah tersebut, kedua-dua pengasas ini membangunkan platform digital menghubungkan penjual kereta dengan rangkaian luas pengedar automotif, menawarkan proses jual beli lebih mudah, cepat dan telus.

Melalui Carsome, pemilik kenderaan boleh memeriksa harga pasaran, menjadualkan pemeriksaan kenderaan secara percuma dan menerima tawaran daripada pelbagai pengedar dalam masa yang singkat.

Mentri Besar Selangor Amirudin Bin Shari, Chief Minister of Selangor, Carsome Co-founder & Group CEO,  Eric Cheng Official Launch of the Largest Carsome Experience Center in Malaysia, Carsome PJ Automall. Starpic  by Kamarul Ariffin /7-6-2022

Carsome diasaskan dengan misi untuk menyelesaikan masalah sering dihadapi pemilik kenderaan ketika menjual kereta terpakai mereka.

Pendekatan digital ini mempercepatkan proses yang sebelum ini memakan masa berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan.

Syarikat unicorn merujuk kepada syarikat pemula yang mencapai penilaian sekurang-kurangnya USD 1 bilion (RM4.7 bilion) sebelum disenaraikan di bursa saham atau diambil alih oleh syarikat lain.

Carsome mendapat status unicorn pada Julai 2021.

Antara syarikat lain bertaraf unicorn di Asia Tenggara ialah Grab dan Lazada yang masing-masing berpangkalan di Singapura.

Dari MLM kepada Unicorn

Sejak kecil, Eric sememangnya memiliki cita-cita membina kekayaan melalui perniagaan yang mampu membantunya 'membuat duit'.

Bagaimanapun, perjalanannya untuk mencapai misi tersebut tidak datang dengan mudah.

Ketika melanjutkan pengajian dalam jurusan perakaunan, beliau pernah mendapat gelaran sebagai 'David Copperfield' kerana sering 'hilang' dari kelas.

Akibat tidak begitu berminat dengan kursus tersebut, Eric mengambil keputusan untuk berhenti ketika baru memasuki tahun kedua pengajian.

Selepas daripada itu, beliau tiak menunggu lama untuk menyertai menyertai perniagaan skim multi-level marketing (MLM) selama 10 bulan.

28116565

Pada suku kedua 2024, Carsome melaporkan pendapatan sebanyak AS$310 juta (kira-kira RM1.4 bilion), dengan penjualan sekitar 35,000 unit kereta.

“Saya buat duit yang agak banyak di sana. Saya mahu gunakan modal itu untuk memulakan perniagaan sendiri,” katanya.

Selepas daripada itu, dia turut menceburi beberapa kegiatan termasuk penerbitan majalah dan dunia permainan video.

Namun, nasib tidak menyebelahi Eric apabila mengalami kerugian selepas syarikat penerbitan permainan video World of Warcraft, Blizzard Entertainment diarahkan tutup ekoran kalah saman.

"Semua akaun saya dinyahtaktifkan dan saya kehilangan semua wang yang diperoleh daripada aktiviti permainan video," ujarnya.

Tanpa memiliki sijil pengajian tinggi, Eric berdepan dengan kesukaran untuk mencari pekerjaan sehingga menyebabkan beliau berada dalam kemurungan.

“Saya rasa sangat sukar untuk menerima hakikat bahawa jika saya mahu bekerja, saya perlu mula dari bawah.

"Saya menghabiskan beberapa bulan berkurung di dalam bilik, menyembunyikan keadaan saya daripada kawan-kawan yang sudah bekerja,” katanya.

Mula terdedah kepada dunia digital

Selepas mencuba beberapa pelbagai pekerjaan secara sambilan, Eric pada kemudiannya berjaya mendapat kerja di sebuah syarikat pemasaran interaktif dalam talian pada 2008.

Di situ, beliau mendapat pendedahan cukup penting terhadap platform digital lebih-lebih lagi ketika itu dunia internet berkembang dengan begitu pesat.

1663058399038

Eric (tengah) bersama legenda bola sepak dunia, Eric Canton yang juga dilantik menjadi duta Carsome pada 2022. — Carsome

Bermula sebagai Eksekutif Jualan, beluau dengan cepat dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Akaun Kanan syarikat.

“Kami perlu mendidik pelanggan tentang kepentingan digitalisasi untuk jenama mereka.

"Saya banyak mengkaji strategi pemasaran digital ketika itu,” katanya.

Dalam tempoh tersebut, beliau turut mencuba untuk menubuhkan syarikat pengiklanan bersama rakan kongsinya namun mengambil keputusan untuk keluar daripada perusahaan tersebut selepas tidak dapat melihat masa depan terhadap perkhidmatan disediakan.

Namun, pada 2015, Eric membuat risiko besar meninggalkan posisi dalam syarikat tersebut yang menjanjikan kestabilan dengan perancangan bagi memulakan Carsome.

Rakan kongsinya yang diyakinkan ketika itu adalah tidak lain dan bukan adalah Ee Teoh yang merupakan teman sepekerjaannya ketika itu.

Pada awalnya, Carsome hanyalah laman perbandingan spesifikasi kereta. Namun, Eric menyedari ramai pengguna bertanya tentang cara menjual kereta mereka dengan mudah dan selamat.

“Kami sedar banyak isu yang dihadapi pengguna ketika menjual kereta. Inilah yang mendorong kami untuk mencipta solusi yang lebih baik,” katanya.

Alex Ferguson jadi inspirasi

PA16564407_2947700

Sir Alex Ferguson. — Agensi

Mengulas mengenai gaya kepimpinannya di Carsome, Eric berkata, beliau mendapat inspirasi daripada jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson.

“Saya banyak belajar dari prinsip yang digunakan Alex Ferguson dalam mengurus pasukannya. Beliau membina Manchester United kepada sebuah bola sepak yang cukup hebat.

"Ditambah pula, beliau juga mencipta satu budaya yang cukup kukuh sehingga mendefinisikan gaya kelab bola sepak itu bermain.

"Di bawah kepimpinannya, bukan sahaja pemain, malah peminat mereka juga tahu bahawa mereka akan menang dan terus menghidupkan semangat tersebut.

"Inspirasi tersebut banyak saya gunakan dalam menguruskan syarikat,” katanya.

Setiap hari, Eric memastikan dirinya terus belajar dengan membaca berita industri dan acara global.

“Saya percaya untuk terus berjaya, kita perlu beradaptasi dengan perubahan dan sentiasa mencari peluang untuk berkembang,” katanya.

Pada suku kedua 2024, Carsome melaporkan pendapatan sebanyak AS$310 juta (kira-kira RM1.4 bilion), dengan penjualan sekitar 35,000 unit kereta.

Peningkatan ini didorong oleh penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam enjin penetapan harga, yang membantu dalam penentuan harga kenderaan dengan lebih tepat.

Carsome merancang untuk meluaskan segmen perniagaan mereka dengan menyasarkan pertumbuhan hasil meningkat sekitar 20% hingga 40 peratus menjelang 2025. Perkembangan ini termasuk perluasan khidmat dalam pembiayaan dan insurans kenderaan melalui Carsome Capital dan perkhidmatan selepas jualan menerusi Carsome Aftersales. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram