Tak puas hati antena TV masuk kawasan rumah, penganggur ugut mahu bunuh jiran di Kluang


  • 112
  • Jumaat, 13 Dis 2024

Lelaki berusia 49 tahun ditahan selepas mengugut mahu membunuh jirannya kerana masalah antena televisyen dalam kejadian di Taman Megah, Kluang, Johor pada Jumaat.

LELAKI berusia 49 tahun ditahan selepas mengugut mahu membunuh jirannya dalam kejadian di Taman Megah, Kluang, Johor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penganggur itu dipercayai bertengkar disebabkan masalah antena televisyen jirannya yang melepas kawasan rumahnya.

"Suspek telah mengarahkan jirannya supaya mencabut antena tersebut dan mengugut untuk membunuh. Bimbang dengan kejadiannya itu, jirannya berusia 30 tahun tampil ke balai polis membuat laporan.

"Susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kluang, menahan suspek lelaki tempatan di rumahnya pada Khamis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

Bahrin berkata, berdasarkan rekod lampau suspek mempunyai 17 kes berkaitan dadah dan jenayah.

"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram