Melestarikan alam sekitar melalui lensa fotografi


  • Massa
  • Jumaat, 13 Dis 2024

(Tiga dari kiri) Tiang Soon dan King Huat bersama tetamu kehormat lain merasmikan majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi di Johor Bahru.

PERSATUAN Fotografi Johor (PSJ) menganjurkan pertandingan fotografi yang bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Presiden PSJ, Pang King Huat menjelaskan bagaimana persatuan itu dengan sokongan daripada sebuah syarikat kitar semula tempatan menganjurkan Pertandingan Cabaran Fotografi Alam Sekitar Malaysia 2024.

“Ini merupakan tahun ke-11 PSJ mengadakan pertandingan untuk jurugambar profesional dan amatur,” ujarnya.

“Ia juga merupakan kali ketiga kami bekerjasama rapat dengan syarikat kitar semula bagi menganjurkan pertandingan ini.

“Seramai 16 jurugambar termasuk yang datang dari luar Johor menyertai cabaran ini,” tambahnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Istana Pahang kesan fitnah dimuat naik individu sama, nafi Tengku Hassanal bakal berkahwin April 2025

BACA LAGI : [VIDEO] Jiran dari neraka tular pegang parang, ditahan polis buat kali ke-2 lepas ugut bunuh di Kluang

King Huat berkata, tema pertandingan tahun ini dipilih berdasarkan matlamat mewujudkan kesedaran alam sekitar.

“Kami memberikan peserta masa tiga bulan untuk mengambil gambar selaras dengan tema mengenai kelestarian alam sekitar dan melindungi masa depan.

“Kami telah menerima banyak penyertaan yang sangat bagus dan cantik.

“Para juri juga sukar memilih tiga gambar terbaik kerana semua peserta tahun ini menghantar gambar yang berkualiti tinggi,” katanya.

Menurut King Huat lagi, peraduan itu turut berfungsi sebagai platform untuk menarik jurugambar baharu.

“PSJ akan terus mengadakan pertandingan serupa untuk menarik jurugambar generasi baharu mempamerkan kemahiran dan kreativiti mereka,” jelasnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, yang hadir di acara penyampaian hadiah pertandingan tersebut mengucapkan tahniah kepada penganjur atas inisiatif mereka.

“Dengan kelestarian alam sekitar sebagai tema, jurugambar dapat mewujudkan kesedaran bukan sahaja dalam kalangan mereka malah dalam kalangan orang ramai,” katanya.

“Ini selaras dengan visi kerajaan negeri untuk mencapai masa depan yang lestari untuk alam sekitar, meskipun pembangunan terus berlangsung,” tambah Tiang Soon. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram