SATU gegaran kuat dipercayai berlaku di kawasan sekitar Machang, Kelantan kira-kira pukul 11 malam Jumaat.
Gegaran tersebut turut disusuli bunyi kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk di kawasan setempat.
Perkara itu dimaklumkan menerusi beberapa hantaran di laman Facebook pada Jumaat.
BACA LAGI: Seluruh Ipoh tertanya-tanya, misteri gegaran, dentuman kuat kembali terjadi pada Isnin
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Ainal Adlin berkata, sama seperti penduduk lain, dia turut mendengar satu bunyi yang agak kuat di sekitar Machang, pada Jumaat malam.
"Betullah (ada bunyi kuat), sampai terkejut anak (sedang) tidur," tulisnya.
Bagi Muhammad Zulhilmi Hanapi, dia juga mendengar bunyi tersebut namun tidak pasti akan punca kejadian.
"Dengar sungguh sakni (kejap tadi), tapi malas nak fikir. Bunyi macam letupan atas langit," katanya.
"Samalah, saya duduk Pengkalan Chepa, Kota Bharu, bunyi dentuman dari hujung laut sana (tapi) tak tahu bunyi apa," ujar Wan Nur Syasya Aina.
"Tengah minum air di Bandar Machang dalam pukul 10 malam, ada bunyi macam benda meletup tapi tak pasti bunyi apa," kata Azrul Aswady.
Bagaimanapun, punca sebenar bunyi dan gegaran itu masih belum dapat dipastikan sehingga kini.
Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram