POLIS menahan seramai tujuh suspek terlibat dalam kejadian melibatkan seorang juruwang wanita yang ditikam di restoran di sebuah pusat-beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita itu merupakan rakan sekerja mangsa ditahan reman sehingga 6 Disember nanti.
"Kami sedang siasat suspek yang berusia antara 19 dan 65 tahun untuk membongkar motif di sebalik serangan itu," katanya.
BACA LAGI: Wanita maut ditikam di pusat beli-belah Cheras
Sebelum ini, seorang wanita berusia 49 tahun dilaporkan maut selepas ditikam di sebuah restoran yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Cheras.
Kejadian berlaku antara pukul 3 petang dan 4 petang Jumaat.
"Terdapat empat hingga lima kesan tikaman di badannya.
"Kami sudah menahan tujuh daripada rakan sekerjanya untuk membantu siasatan," katanya.
Katanya, mayat juga sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.
"Kami juga sedang mengesan saksi lain dan menyiasat motif di sebalik pembunuhan itu," tambahnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram