MAJORITI besar rakyat Malaysia tidak akan terkesan dengan rasionalisasi subsidi RON95 menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat pada Selasa.
Amir berkata, seramai 85 peratus rakyat Malaysia tidak terkesan daripada rasionalisasi tersebut yang bakal dilakukan pada pertengahan 2025 selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025.
Menteri itu turut berkata yang mekanisme untuk pelaksanaan rasionalisasi itu akan menggunakan kad pengenalan atau e-dompet.
BACA LAGI: Katanya warga Singapura buat hal lagi, siap tukar nombor plat Malaysia sebelum isi minyak RON95
BACA LAGI: Kerajaan perhalusi kaedah harga 2 peringkat subsidi petrol RON95 — Rafizi
RON95 akan dirasionalisasikan subsidinya bermula pertengahan 2025.
"Kami berharap dapat melaksanakan rasionalisasi subsidi dengan menggunakan mekansime kad pengenalan atau e-dompet.
"Ini dapat mengenal pasti siapakah yang berhak menerima bantuan dan siapa yang tidak layak supaya penjimatan dapat dilakukan untuk menguatkan ekonomi dengan mengurangkan hutang dan menyalurkan dana buat hospital, sekolah dan lain-lain," kata Amir ketika sesi soal jawab.
Dalam masa yang sama, Amir berkata rasionalisasi RON95 akan memperkenalkan tingkat harga sama seperti diesel dan bekalan elektrik.
"Bagi pengguna yang menggunakan elektrik dengan tinggi, mereka akan dikenakan tariff yang lebih tinggi. Bagi subsidi diesel, harga tanpa subsidi di stesen minyak adalah RM2.95 seliter tetapi kenderaan dalam industri logistik yang layak menerima kad fleet boleh membeli diesel pada harga bersubsidi iaitu RM2.15 seliter.
"Rasionalisasi RON95 terpaksa dilakukan kerana perbezaan besar pada harga yang mendorong kepada kebocoran subsidi petrol dan digunakan kepada kumpulan yang tidak layak.
"Dianggarkan penggunaan petrol oleh bukan warganegara, sektor komersial dan aktiviti penyeludupan adalah kira-kira 40 peratus daripada jumlah penggunaan," ujar Amir.
Selain itu, kata Amir, kerajaan masih lagi dalam proses menentukan kriteria untuk menentukan golongan T15. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM/ALLISON LAI/BENJAMIN LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram