SEORANG wanita memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa dia memadamkan gambar dan mesej daripada telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2021 berhubung kes Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Wanita berusia dalam lingkungan 40-an selaku saksi kesembilan pendakwaan memberitahu mahkamah ketika pemeriksaan balas peguam Ebit Lew, Datuk Ram Singh semasa perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Menurut Ram Singh, wanita itu bertindak memadam gambar dan mesej kerana terdapat terlalu banyak mesej yang diterima daripada Ebit Lew.
BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang maut rempuh belakang bas tiba-tiba berhenti di Melaka
Kes perbicaraan Ebit Lew bersambung pada Selasa di Mahkamah Tenom.
Bagaimanapun, apabila Ram Singh bertanya sama ada tindakan itu dilakukannya untuk menyelamatkan dirinya sendiri, wanita itu memberi jawapan 'tidak pasti'.
Wanita itu juga memberi jawapan tidak pasti apabila Ram Singh bertanya sekiranya tindakan memadam bukti penting itu adalah untuk menggambarkan dirinya sebagai isteri yang baik kepada suaminya.
Terdahulu media melaporkan bahawa Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan termasuklah mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan imej lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung pada Selasa. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram