Fokus misi perniagaan kebajikan, kanak-kanak 11 tahun sumbang jualan manik kepada pesakit kanser muda


  • Bizz
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Ambi ketika pertama kali berniaga di bazar dekat Brickfields, Kuala Lumpur pada tahun 2022. — Sheena

SAAT kanak-kanak seusianya masih lagi memikirkan keseronokan dengan bermain bersama rakan sebaya, perjalanan agak sedikit berbeza buat Thanashree Ambikai Lal.

Seawal usia 11 tahun, kanak-kanak perempuan berusia itu mampu membuat perubahan dalam kehidupan pesakit kanser.

Siapa sangka, bermula sebagai hobi sejak umur tiga tahun, dia mula menjadikan aktiviti menghasilkan perhiasan manik sebagai perusahaan berkonsepkan amal bagi menyokong pesakit kanser muda di Malaysia.

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Rama-rama jadi identiti, anak seni kelahiran Perak realisasi impian masa kecil buka bisnes di Bukit Bintang

WhatsApp Image 2024-08-13 at 17.32.26

Ambi memulakan hobi menghasilkan perhiasan manik sejak berumur tiga tahun. — Sheena

“Saya suka mencipta pelbagai reka bentuk untuk pelbagai majlis seperti Halloween dan Krismas.

“Saya belajar banyak kemahiran baharu selain membuat manik seperti berinteraksi dengan orang ramai dan menghias gerai saya.

"Membantu orang lain dengan hobi ini membuatkan saya gembira," katanya.

Titik permulaan usaha murninya bermula dengan sebuah projek sekolah di Sekolah Antarabangsa Eaton, Kajang, Selangor, yang mana dia menderma sebahagian daripada hasil jualannya kepada badan amal.

Sumbangan besar pertamanya disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), dengan dana sebanyak RM1,876 pada tahun lalu, sekali gus menandakan permulaan usahanya dalam mengutip sumbangan bagi tujuan kebajikan.

Ambi teaching a child how to make beads jewelry at her workshop during the weekend bazaar held in various spots in the city.

Ambi (kanan) mengajar seorang pelanggan cilik cara-cara membuat perhiasan manik di bengkel yang diadakan di pusat beli-belah di Lembah Klang. — Sheena

Inisiatif tersebut turut menjadikan Ambi sebagai pengumpul dana termuda dalam sejarah NCSM, dengan sebahagian besar jualannya disalurkan ke Rumah Harapan Kanak-kanak NCSM, yang menyediakan penginapan percuma kepada pesakit kanser kanak-kanak.

Usaha murni Ambi mendapat sokongan penuh daripada keluarganya, dengan ibu kanak-kanak berkenaan, Sheena Lal berperanan membantu anaknya mencari platform bagi mempamerkan hasil kerjanya yang berseni itu.

"Ketika itulah saya menemui Get Connected, iaitu sebuah platform yang membantu usahawan mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan mereka.

"Pengasasnya, Jay Shiva, memainkan peranan penting dalam menyokong usaha dan mengembangkan rangkaian kerja-kerja amal Ambi, menerusi acara komuniti yang dianjurkan.

"Sebagai ibu, saya sentiasa mengajar Ambi tentang kepentingan berbakti semula kepada masyarakat," jelas Sheena.

WhatsApp Image 2024-08-13 at 17.40.55

Pengarah pemasaran NCSM, Yeap Chong Wei (kiri) menerima sumbangan daripada Ambi (tengah) pada tahun lepas. Sheena

Ambi Beadery, yang diasaskan sendiri oleh Ambi menyediakan variasi aksesori perhiasan diri diperbuat daripada manik termasuk rantai, gelang tangan dan kaki serta anting-anting.

Dalam menerokai perjalanan dalam bidang keusahawanan dan kerja amalnya, Ambi tetap fokus pada misi untuk mengasah kemahirannya di samping membantu individu lain.

Selain mengikuti laman Instagram ambibeadery, orang ramai yang berminat juga boleh mendapatkan hasil tangan kanak-kanak berkenaan di pelbagai bazar hujung minggu yang diadakan di seluruh Lembah Klang. — The Star/ HAZEL TAN YAN LING

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram