[VIDEO] 'Tolong jaga keluarga anda', rakan kelas Nur Farah Kartini minta netizen henti spekulasi kes arwah


  • Massa
  • Selasa, 16 Jul 2024

Seorang lelaki mendakwa dia merupakan kawan baik kepada Allahyarham Nur Farah Kartini dan menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi mengenai kematian rakannya itu.

SEORANG rakan kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, memberi teguran kepada orang ramai supaya tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai kehilangan wanita itu.

Menerusi posting video yang dimuat naik oleh pengguna laman X, @bckupacc99, mengingatkan agar setiap andaian yang dibuat oleh orang ramai boleh memberi kesan kepada ahli keluarga mangsa.

Menurut rakan arwah yang dikenali sebagai Haziq Fardil, dia merupakan rakan sekelas mangsa dan menepis dakwaan Allahyarham hilang kerana mengikut teman lelakinya ke negara jiran.

BACA LAGI: Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini anggota polis di Perak

BACA LAGI: Kekasih sendiri suspek kes bunuh Nur Farah Kartini — Polis

"Noor Farah Kartini, dia merupakan kawan rapat saya di universiti dan rakan-rakan saya sebab kami satu batch, satu bidang satu subjek dan satu haluan sampai kami konvo (konvokesyen).

"Selama lapan semester persamaan empat tahun kami bersama-sama dalam universiti jadi saya nak bagi teguran pada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah yang menyatakan arwah dia ada boyfriend ikut boyfriend pergi Thailand saya nak cakap satu sahaja.

"Kalau engkau tak ada benda baik nak cakap betul jangan cakap sebab benda itu boleh menguriskan hati keluarga dan orang yang sayangkan dia," katanya.

Haziq juga sempat memberikan peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa mengetahui keberadaan ahli keluarga masing-masing apatah lagi yang berjauhan dari rumah.

"Tolong jaga keluarga anda dan pastikan setiap ahli keluarga anda yang tinggal jauh akan ada tracker.

"Di mana kita boleh mengesan dia berada di mana bunyi ini macam mengambil privacy tetapi sangat membantu sekiranya kes sebegini jadi di keluarga anda," jelasnya.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah merupakan seorang anggota polis.

Perkara itu mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris pada Selasa (16 Julai).

Azizi berkata, individu berusia 26 tahun itu merupakan lans koperal dari balai polis Slim River, Perak.

2803968

Pihak polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ialah seorang anggota polis.

Mangsa sebelum ini, dilaporkan hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu lalu.

Mangsa juga difahamkan, bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.

Laporan kehilangan telah dibuat oleh rakannya pada awal pagi Khamis (11 Julai).

Namun, mangsa ditemui mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin (15 Julai). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram