Projek tangki air bernilai RM6 juta di USM dijangka siap awal sebulan


  • Primer
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Projek tangki air di USM dijangka akan disiapkan pada hujung Julai ini. — Gambar hiasan/The Star

PEMBINAAN tangki air dan kemudahan lain yang bernilai RM6.15 juta bagi mengatasi masalah air di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, Pulau Pinang akan disiapkan lebih awal.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek yang bermula Februari 2023 itu pada awalnya dijadualkan akan siap pada penghujung Ogos 2024.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa projek itu akan disiapkan pada penghujung Julai ini iaitu kira-kira sebulan lebih awal daripada tarikh asal.

BACA LAGI: Lampu hiasan bawah flyover Bandar Saujana Putra arahan YDP, MPKL ambil maklum keresahan penduduk tiada beza dengan lampu isyarat

BACA LAGI: [VIDEO] Empat parah, Bezza dipercayai dilanggar 4x4 sebelum rempuh tiang di HTA

msg1050426791-34893.000021

Ahmad Maslan mengumumkan pembinaan akan disiapkan hujung Julai ini. — The Star

"Ia akan memenuhi keperluan bekalan air bersih kampus seluas 147 hektar dengan 3,900 penduduk.

"Sejak 10 tahun lalu, mereka berdepan dengan tekanan air rendah di bawah 14 per inci persegi (psi)," katanya pada Jumaat.

Tambahnya, projek itu juga termasuk pembinaan tangki air berkapasiti 1.59 juta liter, tangki sedutan 795,000 liter, rumah pam dan kerja-kerja elektrik serta mekanikal berkaitan. — The Star/LO THERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram