Undang Luak Rembau meninggal dunia pada usia 83 tahun


  • Primer
  • Rabu, 15 Mei 2024

Sharip meninggal dunia pada usia 83 tahun. — Agensi

UNDANG Luak Rembau Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada pagi Rabu (15 Mei) pada usia 83 tahun.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Balai Undang Luak Rembau, jenazah Sharip disemadikan dekat Tanah Perkuburan Islam Kg Mungkal Sepri, Rembau selepas solat Asar hari yang sama.

Pihak Balai juga mengatakan dif-dif kehormat yang ingin memberikan penghormatan terakhir boleh melakukan perkara sama selepas solat Zohor.

BACA LAGI: Bertenang, tunggu hasil kajian jawatankuasa khas, titah Sultan Selangor

BACA LAGI: Sanggup berkumpul seawal Subuh, rakyat Johor pamer sokongan padu pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Agong

Sharip merupakan satu daripada empat Undang Negeri Sembilan yang mempunyai kuasa penting terutamanya dalam menentukan siapa Yang Dipertuan Besar negeri itu.

Selain berkongsi kuasa tersebut bersama-sama Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Sungei Ujong, mereka turut bertindak sebagai penasihat kepada Yang Dipertuan Besar iaitu Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.

Sistem Undang di Negeri Sembilan adalah unik kerana ia adalah sebahagian daripada Adat Perpatih yang diamalkan hanya di negeri tersebut dalam negara ini. — The Star/SARBAN SINGH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram