PENDUDUK di Indonesia pada Sabtu dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan rombongan pelajar sekolah yang meragut seramai 11 nyawa di Kecamatan Ciater, Kabupaten Subang, Jawa Barat.
Dalam tragedi tersebut, 10 daripada 11 mangsa terkorban merupakan pelajar dan guru di SMK Lingga Kencana, Depok.
Kemalangan berlaku kira-kira pada pukul 6.45 petang waktu tempatan itu terjadi ketika bas yang membawa pelajar sekolah menengah berkenaan pulang ke Depok dari Bandung selepas menghadiri satu majlis perpisahan.
BACA LAGI: Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’
Detik-detik ketika kejadian tersebut turut dirakam oleh salah seorang pelajar yang terselamat dalam insiden terbabit yang secara tidak sengaja sedang bersiaran langsung di akaun TikTok miliknya.
Klip video berdurasi 54 saat itu dikongsi oleh akaun X @kegblgunfaedah pada Ahad.
"Ternyata seseorang telah bersiaran langsung di TikTok pada masa kemalangan itu, kawan-kawan," ujar tulis pada ciapan yang memuat naik video itu.
Pelajar dan guru di SMK Lingga Kencana, Depok sempat merakam gambar terakhir sebelum terlibat kemalangan ngeri di Ciater Subang, Indonesia pada Sabtu. — Agensi
Dalam rakaman itu, pelajar terbabit dilihat asyik membuat siaran langsung di TikTok sebelum video terbabit secara tiba-tiba menghadapi gangguan dipercayai akibat nahas yang berlaku.
Pada masa sama, turut kedengaran suara jeritan penumpang yang ketakutan dengan ada antaranya melaungkan 'Allahuakbar'.
"Sumpah, saya kemalangan. Saya kemalangan. Brek tidak berfungsi untuk seketika sebentar," kata pelajar dalam video berkenaan selepas rakaman siaran langsung berkenaan kembali pulih.
Menerusi klip itu, pelajar lelaki terbabit yang memakai baju hitam dilihat sudah tercampak keluar dari bas berkenaan namun, tidak mengalami kecederaan parah.
Pada masa sama, wajahnya juga kelihatan sebak ketika menamatkan TikTok secara langsung.
Ketua Agensi Pengangkutan Daerah Subang, Asep Setia Permana menjelaskan bahawa bas itu sepatutnya menuju ke Tol Cipali di Subang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesyaki kegagalan brek mungkin menyebabkan hilang kawalan yang membawa kepada kemalangan tragis terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram