PIHAK Berjaya membuat laporan polis terhadap dakwaan membuka pusat kasino di Forest City, Johor.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada Isnin, mereka melakukan laporan berkaitan pengasas mereka iaitu Tan Sri Vincent Tan terlibat dalam perbincangan bagi membuka pusat kasino di tempat tersebut.
"Wakil perundangan kami telah melakukan laporan polis pada 26 April untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan khususnya untuk memastikan dan mengetahui sumber tidak dinamakan yang didakwa menyebarkan kenyataan tidak benar dan palsu.
"Kami yakin pihak polis akan melakukan perkara yang diperlukan dalam siasatan ini dan meminta dengan penuh hormat agar pihak penerbitan melakukan semakan sebelum menerbitkan apa-apa perkara," kata Berjaya dalam kenyataan mereka.
BACA LAGI: Chegubard ditahan polis berhubung hantaran laporan kasino Forest City
Forest City dalam perjalanan untuk dihidupkan semula. — Agensi
BACA LAGI: PM Anwar nafi laporan kerajaan mahu buka kasino di Forest City
Dalam masa yang sama, pihak Berjaya turut mengatakan yang laporan tersebut dilihat seperti berniat jahat dengan tujuan untuk mengenakan mana-mana pihak demi kepentingan politik.
"Kami amat percaya bahawa penerbitan dan/atau penerbitan semula artikel, yang mengandungi kenyataan yang benar-benar palsu dan tidak benar, dibuat dengan niat jahat, bertujuan untuk menyebabkan pergolakan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan memesongkan persepsi orang ramai terhadap YDPA Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Malaysia," ulas Berjaya.
Pihak Berjaya merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg serta The Edge Singapore mengenai potensi entiti itu terlibat dalam perbincangan bagi 'menghidupkan' semula Forest City bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun begitu, laporan tersebut menyatakan Berjaya bersama satu lagi entiti iaitu Genting Malaysia Bhd dalam perbincangan untuk membuka pusat kasino di Forest City.
Pada 25 April, Anwar dengan ringkas mengatakan laporan tersebut adalah "tipu" sambil Berjaya dan Genting turut menafikan perkara serupa. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram