KERAJAAN kini sedang memantau rapat perkembangan terkini dan kesan peningkatan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah susulan konflik terbaharu antara Iran dan Israel sejak Sabtu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengadakan perjumpaan bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan pada Ahad bagi membincangkan mengenai situasi terkini di rantau tersebut.
Pertemuan itu melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan beberapa pegawai tertinggi Kerajaan.
"Serangan dilancarkan Republik Islam Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.
"Ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa.
"Kerajaan kini sedang memantau rapat perkembangan tersebut dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia dan kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.
"Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia," kata Anwar menerusi ciapan di laman X pada Ahad.
BACA LAGI: Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa
Kenyataan Media
14 April 2024
Hari ini saya telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selain pegawai tertinggi Kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di... pic.twitter.com/K10QeCaGFB
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 14, 2024
Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia berpendirian semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat.
Katanya, semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.
"Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera," ujarnya.
Pada masa sama, Anwar berkata, Malaysia kekal teguh dengan pendiriannya untuk bersama dengan warga Palestin yang terus menanggung derita dari kemelut ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran
Iran pada Sabtu melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim Zionis yang menyerang konsulatnya di Damsyik pada 1 April lalu. — Agensi
Tambahnya, sekarang merupakan waktunya untuk semua pihak memainkan peranan dalam mendesak untuk menamatkan ketegangan yang berlaku di wilayah berkenaan.
Iran pada Sabtu melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang menyerang konsulatnya di Damsyik pada 1 April lalu.
Serangan dilakukan rejim Zionis itu menyaksikan tujuh pegawai Pengawal Revolusi Islam Iran terkorban termasuk dua komander kanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram