REMAJA perempuan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu pulang dalam keadaan selamat ke rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, remaja itu, Anis Zulaikha Abdul Azim, 16, pulang seorang diri pada pukul 9 malam.
Menurutnya, remaja terbabit pada Khamis juga sudah tampil membuat laporan polis selepas pulang ke rumahnya.
"Hasil siasatan mangsa berada di rumah rakannya sepanjang kehilangannya," katanya.
BACA LAGI: Majlis Aidilfitri bertukar tragedi, 3 cedera berbalas tembakan di taman awam
Terdahulu, remaja berkenaan dilaporkan berasa terkongkong dan berang ditegur kerana bermain telefon hingga malam menyebabkan dia bertindak untuk melarikan diri dari rumahnya.
Mangsa yang kali terakhir dilihat di rumahnya pukul 2.30 petang Sabtu itu tidak pulang ke rumah selama lima hari.
Namun, mangsa bertindak untuk pulang ke rumah sebaik kehilangannya dilaporkan media pada malam Aidilfitri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram