Putera Mateen dapat 'hati' Noami Campbell, titipan Mulan Jameela


  • Massa
  • Sabtu, 13 Jan 2024

Putera Mateen dan Dayang Anisha selepas Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei pada Khamis. — Instagram/tmski

ISTIADAT Akad Nikah Diraja antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah bukan sahaja mencuri perhatian masyarakat Malaysia, bahkan seluruh dunia turut berkongsi kegembiraan buat kedua pasangan sama cantik sama padan itu.

Sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah pada Khamis, tumpuan peminat pasangan diraja itu kini pastinya tidak sabar menantikan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang dijadual pada Ahad ini.

Dihujani ucapan tahniah daripada peminat di laman media, individu tersohor termasuk model antarabangsa Naomi Campbell turut tidak melepaskan peluang meninggalkan komen di ruangan Instagram Putera Mateen.

BACA LAGI: [VIDEO] Suara Dayang Anisha mengaji di majlis khatam al-Quran curi perhatian

2497087

Noami meninggalkan komen di posting yang dimuat naik Putera Mateen pada 11 Januari. — Instagram @tmski

Model berusia 53 tahun kelahiran London itu meninggalkan simbol 'hati' pada hantaran dimuat naik anakanda ke-10 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tersebut.

Selain Campbell, turut meninggalkan titipan ialah penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela.

"A hamdulillah, tahniah kepada anda berdua," katanya.

Untuk rekod, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu bakal berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Selain Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, turut akan berlangsung ialah Majlis Persantapan Diraja pada malam, 15 Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram