Kes rasuah RM6 juta libat bola sepak Kedah, Sanusi beri keterangan di SPRM


  • 112
  • Khamis, 11 Jan 2024

Sanusi dipanggil untuk memeberi keterangan berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diambil keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis, berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan persatuan bola sepak negeri itu.

Difahamkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu tiba di kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pada Selasa lalu, pegawai penyiasat SPRM dilaporkan dijangka memanggil Menteri Besar berhubung perkara itu.

Pada 5 Januari, empat individu termasuk ketua pegawai eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) direman kerana pegawai rasuah menyiasat dakwaan mereka meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6 juta.

Media pada 8 Januari kemudiannya melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa beliau menjadi sasaran dalam tuduhan rasuah di KFA.

Muhammad Sanusi yang juga presiden KFA, mendakwa penahanan empat individu itu baru-baru ini hanya untuk memberi gambaran buruk terhadap pentadbirannya.

"Saya adalah sasaran sebenar. Selama berbulan-bulan mereka mencari kes terhadap saya tetapi anda boleh lihat kebenarannya. Tidak ada kes terhadap saya.

"Tetapi mereka masih mencipta satu isu, termasuk persepsi ini bahawa banyak rasuah berlaku di Kedah. Malah bola sepak (di sini) juga ada rasuah," katanya memetik laporan media tempatan.

Beliau juga berkata, agensi penguatkuasaan undang-undang tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan mereka yang terdiri daripada puak politik yang berbeza daripada kerajaan perpaduan. — The Star/Mazwin Nik Anis

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram