[VIDEO] Suspek pecah rumah buat 'job' awal pagi buta di kawasan perumahan Penampang


  • Tular
  • Ahad, 10 Dis 2023

Tangkap layar seorang lelaki disyaki memecah masuk rumah orang di Taman Sahabat, Penampang untuk mencuri barangan berharga yang terjadi pada Ahad.

SEORANG lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah yang terletak di Taman Sahabat, Penampang, Sabah pada pukul 4.07 pagi Ahad.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek bertindak memasuki rumah terbabit dan menggeledah ruangan dalam rumah berkenaan.

Turut dilihat, lelaki tersebut membuka rak dan beberapa bahagian lain yang berada di rumah mangsa sambil memerhati barangan yang boleh diambil.

Malah, rakaman turut menunjukkan gelagat suspek meninjau keadaan sekeliling bagi memastikan tiada orang yang memerhati kegiatannya.

Menurut seorang pengguna di Facebook, Joann Lcm yang dipercayai penghuni rumah tersebut, berkata, dia bernasib baik kerana suspek hanya berjaya mengambil telefon bimbitnya.

"Alert kepada penghuni sekitar Taman Sahabat, baru berlaku, nasib cuma telefon yang hilang," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kecewa apabila kecurian itu dilakukan oleh orang yang mampu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal.

"Kesian juga muda-muda mencuri. Bikin malu orang muda sahaja. Padahal banyak peluang kalau rajin," tulis Herna Chin.

"Wow, muda-muda lagi sudah ada bakat mencuri," tulis Moon Geun.

"Hebatnya kerja ini. Sangat membanggakan. Mantap anak muda. Cari penyakit betul," tulis Rakshan Syahai.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram