SEORANG wanita maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Ulu Yam-Gombak, Selangor pada Selasa.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 6 petang.
Seorang wanita disahkan maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ulu Yam-Gombak pada Selasa.
Kredit: Orang awam pic.twitter.com/HMgXoKfj2v
— Majoriti (@majoritionline) October 31, 2023
Menurutnya, seramai lima anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.
“Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap MPV jenis Perodua Alza. Kerja-kerja memotong pokok dilakukan untuk mengeluarkan mangsa dan berjaya dibawa keluar pada pukul 7.10 malam," katanya.
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian. — The Star/AUSTIN CAMOENS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram