WARGANET digemparkan dengan penemuan bangkai misteri di kawasan persisiran pantai Seagate, Pulau Pinang.
Rakaman yang dimuat naik oleh @PenangKini pada Sabtu, satu bangkai yang kelihatan aneh terdampar di celahan batu bata di kawasan persisiran pantai Seagate.
Penemuan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk setempat tentang misteri mahkluk aneh yang tidak diketahui identitinya itu.
Ada pihak mengaitkan makhluk itu merupakan ikan lumba-lumba, ikan yu, dan ada juga yang menyatakan itu merupakan bangkai dugong.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet masih keliru melihat bangkai misteri yang secara tiba-tiba muncul di pantai.
"Ikan lumba-lumba kot," kata Fazlie Lie.
"Duyong naik ke pantai ini," tulis Je M'appele Engkumohamad.
"Sejak Pulau Pinang elok sudah, ikan pun lupa diri mahu hidup di darat," kata Norliana. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
