Polis buru suspek 'gersang' raba wanita ketika dalam bas di R&R Titiwangsa


  • 112
  • Khamis, 08 Jun 2023

Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya diraba seorang lelaki dalam bas ekspres berhampiran R&R Titiwangsa baru-baru ini. — Gambar hiasan

GARA-GARA diraba di dalam bas ekspres, polis memburu seorang suspek lelaki yang melakukan perkara jelik tersebut terhadap seorang wanita berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik, Perak baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang wanita berumur 22 tahun pada pukul 3.11 petang pada Selasa.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak menghala ke Tanah Merah, Kelantan.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur. Selepas menyedari dirinya diraba, mangsa membuat laporan di Balai Polis Banggol Judah di Kelantan.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika bas ekspres itu berada dekat dengan R&R Titiwangsa di Gerik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram