Angkara kecuaian pengasuh, kanak-kanak di Johor melecur teruk terkena air panas 


  • Tular
  • Isnin, 05 Jun 2023

Beberapa keping gambar dikongsikan ibu kanak-kanak tersebut yang mengalami kecederaan lecur selepas terkena air panas.

SEORANG kanak-kanak mengalami kecederaan melecur di bahagian badan dan tangan selepas terkena air panas ekoran kecuaian pengasuh.

Insiden difahamkan berlaku di Johor itu dikongsikan sendiri oleh ibu kanak-kanak tersebut di TikToknya yang menggunakan nama akaun cantikmanish.

Menerusi hantaran dibuat pada Khamis lalu, dia berkongsikan beberapa gambar menunjukkan keadaan anak perempuannya mengalami lecur teruk di tangan dan lengan kanan, tangan kiri serta bahagian bahagian bawah ketika di kanan badan.

"Betapa peritnya untuk ummi terima semua ini," tulisnya pada hantaran tersebut yang turut diiringi dengan tanda pagar #kecuaian dan #pengasuhanak.

Menerusi perkongsian sama, kanak-kanak yang dianggarkan berusia sekitar tiga tahun itu dilihat sudah mendapatkan rawatan di hospital.

WhatsApp Image 2023-06-05 at 5.55.09 PM 1

Kecederaan dialami kanak-kanak itu di bahagian lengan dan dekat bahagian ketiak badan akibat insiden tersebut.

Di ruangan komen, cantikmanish turut memaklumkan dia baru sahaja menghantar anaknya itu di tempat pengasuh tersebut sejak tiga bulan lalu.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian sama berkaitan insiden terbabit dipercayai daripada ibu saudara kanak-kanak itu yang memakai nama 280bemine di TikTok, pengasuh terbabit pada awalnya didakwa tidak mengaku kecederaan tersebut berlaku akibat daripada air panas.

Katanya, pengasuh berkenaan hanya memberitahu yang kanak-kanak itu hanya diberikan air suam seperti biasa.

Difahamkan, meskipun mengalami kecederaan melecur, kanak-kanak tersebut dipercayai kembali diletakkan di dalam buaian selepas insiden terbabit.

Perkara itu dimaklumkan doktor yang membuat pemeriksaan selepas mendapati terdapat garis buai pada badan kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, 280bemine memaklumkan pengasuh terbabit akhirnya mengaku kecuaiannya selepas perkara itu dibawa ke pengetahuan pihak polis.

Katanya, kes tersebut sudah diselesaikan kedua-dua pihak di sebuah balai polis.

Dalam pada itu, cantikmanish pada Khamis turut berkongsikan keadaan terkini anaknya yang sudah agak pulih dan kembali ceria selepas mendapatkan rawatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram