JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10.59 malam Isnin.
Menurutnya, kejadian gempa itu berlaku di 84 Kilometer (KM) Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia dengan kedalaman 86KM.
Katanya, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya,Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut MetMalaysia dalam satu kenyataaan.
Sebelum itu, terdapat warganet berkongsikan mengenai gegaran yang dirasai berlaku di dalam negara di samping ada yang turut menerima notifikasi amaran berkenaaan kejadian gempa bumi berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram