Aidilfitri 2023: Mensyukuri momen berharga bersama insan tersayang


  • Bizz
  • Khamis, 30 Mac 2023

Sambil menikmati minuman sejuk menggunakan Philadelphia Tankard, adalah lebih indah menatap momen hari raya bersama insan tersayang yang diabadikan di bingkai foto Peony.

DI pagi Syawal saat takbir berkumandang, tiada apa yang lebih indah selain melihat ruang rumah yang dihias dengan bergaya selepas menata rias bersama keluarga.

Kemeriahan Aidilfitri lebih terasa apabila setiap tetamu yang datang berkunjung terpegun dengan dekorasi Syawal yang menghiasi setiap sudut rumah.

Apa yang paling bermakna adalah senyuman orang tua ketika menatap singgahsana mereka dirias bak istana, selain berkumpulnya anak-anak bersama menyambut hari kemenangan.

Apatah lagi, kediaman mereka mendapat sentuhan dekorasi daripada barangan Royal Selangor yang terdiri daripada set pinggan mangkuk, kaki lilin, bingkai gambar, bekas kuih raya dan cenderahati yang boleh dijadikan ole-ole supaya Aidilfitri kali ini lebih bermakna.

Rumah terbuka

2.Liberty Collection_Jefferson container, Splendour Collection_ Splendour 4R photo frame and Battersea Collection_Deco tray.Raya 2023-4

Singgahsana akan menjadi lebih indah dengan gabungan hiasan bingkai gambar Splendour, Jefferson Container dan Deco Valet Tray.

Setiap ruang di kediaman boleh dihias dan berubah menjadi lebih menarik. Tuan rumah boleh memilih sama ada mahu mengubah suai susun atur kediaman supaya tampil lebih selesa dengan ruang terbuka yang terang.

Yang pasti, sudut yang selesa merupakan kawasan terbaik untuk bersantai bersama insan tersayang.Suasana di sudut itu dilihat lebih indah dengan tambahan cahaya lilin menggunakan Savoy Candle Stands yang elegan, sensual dan mewah.

Ia boleh dipadankan dengan pemegang lilin bersaiz kecil dan sederhana yang mampu menghasilkan kesan berganda yang menakjubkan.

3)Atiya Vase_Atiya Collectiom, Savoy candlestands_Savoy Collection and Deco Tray_Battersea Collection.Raya 2023-3

Suasana malam raya bersama insan tersayang akan menjadi lebih romantik dengan kehadiran bunga yang ditempatkan di dalam Atiya vase dan cahaya lilinyang ditempatkan di Savoy Candle Stands.

Selain itu, ruang yang menjadi pilihan itu juga boleh diserikan dengan kehadiran sejambak bunga berwarna-warni. Apatah lagi, gubahan bunga itu tambah menyerlah dengan pasu kemasan satin, Atiya Vase yang tentunya membangkitkan nilai sejarah dan budaya di ruang tersebut.

Perkataan 'Atiya' yang diambil daripada perkataan Arab bermaksud hadiah, menggambarkan keindahan ciptaan Ilahi yang tidak terhingga kesempurnaannya.

Terdapat cetakan daun yang memukau serta 'arabesque sulur' atau hiasan seni bermotifkan tumbuhan yang diselangi dengan sulur hasil inspirasi ukiran mimbar sebuah masjid Mesir abad ke-15.

Selain itu, hiasan dalaman kediaman pasti tampil lebih memukau, dramatik dan meriah,apabila foto bersama insan tersayang diabadikan pada bingkai gambar Splendor. Menariknya, bingkai gambar itu menampilkan ukiran bulu merak yang sangat terperinci.

Bukan itu sahaja, tuan rumah boleh menampilkan hiasan ala budaya Barat dengan memilih bekas abu rokok berbentuk oktagon, Jefferson Container. Ia diadaptasi daripada gaya Palladian yang popular pada lewat 1800-an, manakala bentuk oktagon merupakan kegemaran Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-3, Thomas Jefferson.

Tidak sekadar itu, malahan ruang dalam kediaman juga boleh dihiasi dengan Deco Valet Tray, yang diilhamkan daripada binaan projek ikonik, Battersea Power Station.

Kuih raya tanda kasih sayang

4)Streamline Valet Tray_Streamline Collection, Atiya Nut Tray_Atiya Collection and Sense 1-wick Sage_Sense Collection_CandleRaya 2023-2

Hidangan kuih raya di dalam Dulang Atiya dan Dulang Valet Streamline akan menjadi lebih mewah jika disertai cahaya lilin sage-scented candles.

Ada yang bertanggapan kuih raya dan 1 Syawal itu sendiri mampu merapatkan kembali hubungan silaturahim.

Raikan tetamu dengan pelbagai jenis biskut raya dan kek yang lazat serta koktel yang dihidangkan khas sempena rumah terbuka anda.

Dulang Atiya yang boleh menempatkan tiga hidangan turut menampilkan corak bermotifkan tumbuhan berbeza. Uniknya, dulang yang direka supaya ia boleh ditanggalkan tentu sekali dapat membantu tuan rumah untuk menjimatkan ruang.

Malah, Royal Selangor juga tidak ketinggalan memperkenalkan dulang Valet Streamline yang diilhamkan daripada Art-Deco, sesuai untuk hari perayaan.

Selain memancarkan cahaya, aroma lilin 'sage-scented candles' mampu memberi ketenangan kepada setiap tetamu.

5.Four Gentlemen Vase_Four Gentlemen Collection, Frost Carafe_Frost Collection and Vienna Glasses_Vienna Collection Raya 2023-7

Basahkan tekak di pagi raya dengan hidangan koktel di dalam Frost Carafe dan gelas kaca Vienna.

Dalam pada itu, minuman yang dihidangkan dalam bekas elegan tentu sekali akan membuatkan sesiapa sahaja rasa teruja kerana diraikan di hari mulia dengan gaya penuh bermakna.

Anda juga boleh menghidangkan koktel raya di dalam Frost Carafe, yang menampilkan reka bentuk minimalis dan tampak lebih mewah dengan reka bentuk kolar bercorak pepenjuru dan potongan persegi permata umpama ais retak.

Kelengkapan hidangan akan lebih elegan apabila ditampilkan bersama gelas kaca Vienna, yang diilhamkan daripada reka bentuk Wiener Werkstätte.

Serlahkan kemeriahan Aidilfitri

Hari Raya juga masa yang tepat untuk memberi hadiah kepada insan tersayang sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran.

Untuk keluarga dan sahabat handai, bingkai foto Peony yang diperbuat daripada piuter matte dengan sorotan kemasan satin merupakan hadiah menarik sekali gus menyerlahkan nilai sentimental.

Selain itu, Philadelphia Tankard adalah cenderamata praktikal yang sesuai bagi si penerima menikmati sirap bandung atau minuman sejuk lain.

Malahan, pemegang kad Gembira, yang dihiasi dengan reka bentuk batik tersendiri sesuai dijadikan sebagai hadiah korporat.

6)Deco Pen Caddy_ Battersea Collection, Heritage Buildings Plate_Warisan Collection, Pod Amplifier Bronze_Phonos Collection, Gembira Card Holder_Gembira Collection Raya 2023-9

Kumpul lebih ramai kenalan pada hari raya ini menerusi pemegang kad Gembira, dan dengarkan lagu Aidilfitri kegemaran menggunakan Bronze Pod Amplifier LG.

Satu lagi aksesori meja yang sesuai dijadikan hadiah pada Aidilfitri ini ialah Deco Pen Caddy, juga diilhamkan daripada motif dekorasi seni Battersea Power Station.

Set teh Gembira pula sudah semestinya akan memberi keterujaan buat penggemar minuman itu. Set itu menampilkan batik sebagai pilihan corak, motif dengan teknik cetakan tersendiri.

7) Bronze Pod Amplifier LG_Phonos Collection, Gembira Tea Set_ Gembira Collection Raya 2023-6

Hidangan teh bersama insan tersayang akan menjadi lebih bermakna jika diminum menggunakan Set Teh Gembira.

Koleksi ini diilhamkan daripada nostalgia di Tanah Melayu yang terpencil, membayangkan hari-hari minum petang di anjung rumah atau berkelah di bawah pohon kelapa dengan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.

Selain itu, aktiviti santai mungkin boleh dimeriahkan lagi dengan kehadiran phonos, yang mampu menguatkan bunyi telefon bimbit.

Tidak ketinggalan, Bronze Pod Amplifier LG sesuai untuk memainkan lagu perayaan kegemaran anda, menonton video serta kekal berhubung melalui panggilan video. Pelbagai warna dan reka bentuk tersedia buat penggemarnya.

Pemberian istimewa tanda raikan Syawal

Picture1

Hadiahi tuan rumah pada ketika menghadiri rumah terbuka dengan Set Hadiah Cembul dan Set Hadiah Tumbler Gembira.

Dalam pada meraikan temasya Aidilfitri, tetamu juga boleh menjadikan barangan Royal Selangor sebagai buah tangan saat bertandang ke rumah sanak-saudara atau sahabat.

Oleh itu, Royal Selangor menampilkan dua set hadiah istimewa yang diinspirasikan daripada seni dan warisan Malaysia.

i.Set hadiah cembul

Picture2

Sambil menonton rancangan kegemaran pada hari raya, alangkah lebih seronok jika menikmati kekacang atau kurma di dalam cembul.

Cembul merupakan bekas piuter yang elegan dan dihiasi dengan motif bunga tradisional. Ia juga sesuai diletakkan dengan kekacang atau kurma semasa rumah terbuka.

Dihiasi dengan emas 24 karat, cembul dengan sentuhan sofistikated menambahkan lagi kemeriahan sambutan hari raya.

ii- Set hadiah tumbler Gembira

Picture3

Menikmati minuman di dalam tumbler Gembira sudah tentu akan memberi kegembiraan selepas melihat reka bentuk unik.

Koleksi ini menampilkan corak dan motif batik menerusi cetakan tersendiri dalam bekas minuman piuter.

Kedua-dua set ini merupakan hadiah bermakna bagi menyatakan rasa kesyukuran di hari mulia.

Ia tersedia untuk masa terhad sahaja dan sementara stok masih ada.

Bagi semua yang menyambut kemenangan pada 1 Syawal, jangan tunggu lama untuk memeriahkan bulan mulia ini.

Apa yang pasti, semak imbas dan teroka lebih banyak koleksi di mana-mana kedai runcit Royal Selangor dan pengedar sah, atau beli-belah secara atas talian di royalselangor.com. Ikuti @royalselangor di Instagram dan Facebook untuk butiran lanjut produk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram