[VIDEO] Fobia kena kacau 'jantan pervert' bawa Honda City putih di stesen bas P. Pinang


  • Tular
  • Rabu, 01 Feb 2023

Tangkap layar video kereta pelaku yang melakukan gangguan seksual kepada mangsa berhampiran stesen bas di Pulau Pinang yang kini tular di TikTok.

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila berdepan dengan gangguan seksual di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman TikTok eihcihc, dia mendakwa diganggu seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda City berwarna putih.

"Hati-hati dengan lelaki ini terutamanya kaum wanita.

"Dia akan menyentuh dirinya sendiri dan menunjukkan alat sulitnya kepada anda.

"Pulau Pinang adalah tempat yang selamat, tetapi apabila perkara ini berlaku lagi membuatkan saya berasa tidak selamat. Harap platform (TikTok) ini dapat membantu menyebarkan perkara ini," tulisnya.

Jelasnya, gangguan seksual sudah terjadi kepada dirinya sebanyak lima kali di negeri terbabit.

Katanya, setiap kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu bas di kawasan berbeza.

"Sukar untuk merekodkan kejadian gangguan itu sehingga anda menyedari apa yang si pelaku sudah buat. Saya sudah keluarkan telefon bimbit (untuk merakam) dan si pelaku berlalu pergi.

"Gangguan yang paling teruk adalah ketika saya berdepan dengan lelaki tua yang menunjukkan alat sulit di perhentian bas Pulau Tikus. Nasib baiklah ada lelaki baik hati yang tolong mengejar orang tua berkenaan," jelasnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa sudah pun membuat laporan polis.

Majoriti sudah pun menghubungi mangsa, namun masih belum ada sebarang respons. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram