Umpama patah sebelah sayap, TFC sekali lagi hilang tonggak ikut jejak Nafuzi ke Kedah


  • Podium
  • Rabu, 14 Dis 2022

Aksi Manny Ott ketika berkhidmat di Terengganu FC. — Terengganu FC

SELEPAS jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) dibuka awal bulan lalu, setiap pasukan dilihat semakin galak berbelanja dengan mendapatkan khidmat pemain baharu.

Ini sekali gus menyaksikan terdapat pasukan yang kehilangan tonggak masing-masing dan dikhuatiri akan menyebabkan bentengnya semakin lemah.

Baru-baru ini, ayam tambatan Terengganu FC, Faisal Halim dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan itu selepas memutuskan untuk menabur bakti bersama Selangor FC tahun depan.

Tidak cukup dengan itu, skuad Sang Penyu sekali lagi bakal kehilangan tonggaknya, apabila pemain import tengah pasukan itu, Manuel Gelito Ott (Manny Ott) bakal berkhidmat secara rasmi untuk Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Screenshot 2022-12-14 164011

Tangkap layar hantaran KDA FC di laman Twitter.

"Selamat datang Manuel Gelito Ott ke bumi Jelapang Padi! Pemain import baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 30 tahun berasal dari Munich, Germany.

"Ott yang memiliki kerakyatan Filipina mengisi kuota pemain import Asean Sang Kenari." umum media KDA FC di laman Twitter.

Bersama Terengganu, pemain warisan Filipina dan Jerman itu beraksi dalam tempoh semusim dengan 21 perlawanan dan 5 bantuan gol.

Perpindahan itu menyaksikannya mengikut jejak langkah bekas Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yang kini berkhidmat di Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram