Pelakon Oh My Hantaran meninggal dunia, punca kematian dalam siasatan


  • Hiburan
  • Khamis, 10 Nov 2022

Pemergian Syazlin Zainal mengejutkan ramai rakan artis.

PELAKON drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal, 26, dikhabarkan meninggal dunia pada petang Khamis.

Berita mengejut pemergian aktres Syazlin atau nama sebenarnya, Syazlin Suhaizan Zainal itu dikongsikan oleh rakannya, Zeatyalia.

"Saya tidak akan berkongsi apa-apa kenyataan (terutama kepada media) berkenaan kematiannya untuk menghormati privasi keluarga Syazlin.

"Saya kehilangan rakan pada hari ini dan tidak tahu bagaimana hendak menerangkan perasaan diri saya sekarang.

"Kepala saya sangat bercelaru untuk memahami situasi ini. Sedekahkan Al-Fatihah untuk Syazlin Zainal," tulisnya dalam InstaStory.

553 (11)

Jenazah Syazlin Zainal difahamkan kini berada di Johor.

Difahamkan, jenazah kini berada di Johor dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Selain itu, perkhabaran mengejutkan itu juga dikongsikan oleh sepupu Syazlin, Trisya Azahar menerusi Twitter yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham buat kali terakhir.

"Mohon doakan untuk sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana dan syurga buatmu. Baru sahaja kita berhubung untuk berjumpa. Al-Fatihah," ciap Trisya.

Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi beberapa drama televisyen termasuklah Sitik Tok, Dia yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram