[VIDEO] Memalukan! Wanita selamba tayang buah dada ketika 'live'


  • Tular
  • Khamis, 13 Okt 2022

Tangkap layar aksi wanita (atas,berdiri) yang menunjukkan aset sulitnya ketika bersiaran langsung di Instagram.

UMUM mengetahui bahawa Islam mewajibkan umatnya sama ada lelaki atau wanita, supaya menjaga batasan aurat yang ditentukan oleh syarak.

Perkara ini penting bagi mengelakkan gejala maksiat berleluasa, yang seterusnya mengundang kepada perlakuan zina dan rogol.

Bagi individu yang belum mendirikan rumah tangga, selalunya perasaan malu untuk mendedahkan sebahagian daripada tubuh badan adalah sangat menebal.

Namun, perkara itu bertentangan bagi seorang remaja wanita apabila tidak segan silu mendedahkan aset sulitnya ketika panggilan video secara berkumpulan, yang disiarkan secara langsung di laman Instagram.

Panggilan video yang sempat dirakam itu disertai oleh tiga remaja perempuan dan dua remaja lelaki, manakala ia ditonton kira-kira 15 pengguna Instagram ketika sedang berlangsung.

Kesemua individu di dalam video berkenaan berbual dalam loghat Kelantan.

Antara perbualan yang didengari termasuk salah seorang daripada remaja wanita itu mengajak salah seorang lelaki berkenaan untuk menjalinkan hubungan.

Ketika perbualan sesama mereka sedang berlangsung, secara tiba-tiba salah seorang wanita dilihat menyelak baju seterusnya menampakkan baju dalamnya.

Tidak cukup dengan itu, dia tampil lebih berani apabila menunjukkan buah dadanya ketika siaran langsung itu.

Aksi wanita itu mendapat kecaman rata-rata pengguna media sosial, yang dianggap mencemar maruah kaum hawa.

Tasya Hannan berkata, sekiranya remaja wanita tersebut menjadi anaknya, sudah tentu teruk dia diajar.

"Hari-hari saya pesan dekat anak saya, kalau buat macam ni, tak cukup tanah saya kerjakan.

"Mintak jauhlah untuk anak-anak kita semua. Dunia gajet, serba jadi tak malu. Jadi terlajak pandai," katanya kesal.

Berpendapat sama, Norasila Ibrahim berkata, meskipun wanita terbabit dikurniakan rupa paras yang bagus, namun ia bertentangan dari segi akhlaknya.

Dia juga mengakui berasa simpati terhadap kedua-dua ibu bapa wanita berkenaan, yang tidak mengetahui tentang perilaku anak mereka.

"Nanti tak fasal ibu bapa tanggung malu," ujarnya.

Selain itu, Nik Amor Hanna berkata, perkara itu berlaku disebabkan penangan telefon pintar sebagai hiburan akhir zaman.

Melihat video itu, dia khuatir tentang perilaku anak perempuannya pada masa depan.

"Kita sebagai ibu tak mungkin nak jaga mereka 24 jam. Bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja, tolonglah pantau anak perempuan masing-masing. Gajet pemusnah masa depan," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram