PELAKON veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, meninggal dunia pada pukul 4.30 petang, Rabu.
Allahyarham berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman di paru-paru dan dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi, Hospital Shah Alam sejak 29 September lalu.
Berita menyedihkan itu dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd. Hisham, 26, menerusi kiriman WhatsApp
“Dengan rendah hati saya memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar, pukul 4.30 petang tadi (Rabu).
“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kongsinya.
Kesihatannya dilaporkan merosot selepas mengalami batuk berpanjangan sebelum disahkan mengalami jangkitan paru-paru.
Allahyarham Hisham dikenali menerusi filem antaranya Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988), selain drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram