SEORANG lelaki disyaki mengalami tekanan perasaan ditemukan tertidur di atas sebuah binaan berhampiran Lebuh Raya Ekovest, Jelatik, Kuala Lumpur.
Berdasarkan video berdurasi 30 saat, lelaki tersebut dipercayai melompat dari lebuh raya yang berada di atas binaan untuk turun ke bawah.
Dalam pada itu, salah seorang pekerja kelihatan cuba memujuk lelaki berkenaan untuk turun daripada binaan namun tidak berhasil.
Kelihatan keadaan lelaki itu agak lemah dan tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun sudah dipujuk berkali-kali oleh pekerja tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata orang ramai timbul rasa bimbang dengan keadaan lelaki tersebut yang kelihatan lemah dan tidak bergerak.
"Kalau betul dia mengalami tekanan perasaan, kena ada orang bantu dia cepat," kata Afizal Rahmat.
"Selamat dia lompat tepat dekat yang tak ada besi, kalau silap landing tak pasal-pasal jadi kes lain," ujar Muhd Mokhtar.
"Bagus abang yang pujuk dia itu, tapi risau juga bila tengok keadaan dia macam itu, diam sahaja sama ada dia mabuk ataupun memang tengah depress," luah Norhamizah Ajib.
Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram